saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/07/2001

Imad ajak peminat menghayati seni khat

SENI khat Arab adalah salah satu ekspresi semangat Islam yang mempunyai moral tersendiri.

Baris ayat yang diukir indah adalah azimat dan proses untuk menghasilkan seni khat itu sebenarnya adalah satu magik yang hanya mampu dikuasai oleh mereka yang berbakat.

Satu lagi keistimewaan seni khat ialah ia bukan saja indah tetapi mampu mendidik peminat mengenali tulisan Arab.

Penyanyi lagu-lagu nasyid, Imad yang berasal dari Lebanon dan kini bermastautin di Malaysia adalah antara penulis seni khat yang aktif mempamerkan bakatnya.

Cetusan seni khat kontemporari Imad sejak kebelakangan ini memang meraih perhatian ramai. Ia terbukti melalui banyak tempahan yang diterimanya.

Namun bagi Imad, dia mengkomersialkan seni khat itu bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi turut mengajak orang ramai mencintai seni khat.

Atas alasan itu, dia menyuntikkan unsur-unsur kontemporari dalam rekaannya untuk meraih perhatian.

Menurut Imad, dia sudah berjinak-jinak dengan dunia penulisan khat secara serius sejak 10 tahun yang lalu iaitu ketika mula menetap di sini.

``Tetapi saya sudah mencintai seni khat sejak masih kecil lagi,'' katanya yang semakin fasih berbahasa Malaysia.

Salah satu daripada kelebihan tulisan khat Imad ialah kreativitinya mempelbagaikan tulisan itu untuk peminatnya.

``Itu adalah salah satu cara untuk saya menarik perhatian orang ramai mencintai tulisan khat.

``Melalui cara ini saya juga berharap dapat mendidik mereka mengenali tulisan itu dengan lebih berkesan,'' kata Imad.

Galeri Imad kini beroperasi di Annexe Central Market itu sering menjadi tumpuan mereka yang meminati seni khat.

Imad juga mentafsirkan seni khat rekaannya ke dalam banyak medium mengikut permintaan pelanggan seperti ukiran kayu, perak, cermin, lukisan kanvas mahupun lukis tangan yang biasa.

Disiplin tulisan khat seperti diwani, nasakh dan thuluth menjadi ilham dalam kebanyakan rekaan Imad.

Selain itu, kata Imad, mereka juga sering membuat pameran di pusat-pusat membeli- belah sekitar ibu kota.

Maklum balas yang mereka terima sehingga kini cukup menggalakkan.

Selain daripada mereka yang beragama Islam, kata Imad, dia juga sering menerima tempahan daripada bukan Islam.

``Ia termasuk pelancong dari luar negara. Mereka begitu tertarik dengan tulisan khat ini dan meminta saya menghasilkan sesuatu untuk mereka.

``Apa yang saya hasilkan adalah ukiran nama mereka,'' katanya.

Imad mendapat inspirasi mereka bentuk tulisan khatnya daripada banyak perkara termasuk persekitaran di sekelilingnya.

Tetapi dia lebih tertarik untuk menghasilkan reka bentuk alam seperti daun dan pokok sebagai asas tulisan khatnya.

``Saya suka bermain dengan bentuk dan warna. Saya suka mempelbagaikan rekaan saya dan tidak pernah menghasilkan rekaan yang sama untuk pelanggan saya. Itu adalah masterpiece saya,'' katanya.

Dia sering menerima tempahan daripada pelanggan yang menginginkan nama mereka diukir ke dalam tulisan Arab.

Melukis dan melayan pelbagai kerenah pelanggan adalah satu kepuasan bagi Imad.

``Dulu mula-mula melukis di khalayak ramai saya agak kekok apabila dikelilingi ramai orang. Tetapi kini saya sudah biasa dan cukup puas hati apabila boleh menghasilkan tulisan khat untuk mereka,'' katanya.

Kata Imad, dia cukup berbangga kerana mampu mempamerkan bakatnya itu dengan cara yang baik sekali.

``Bagi saya ini juga adalah dakwah selain daripada muzik saya,'' katanya.

Aktiviti tersebut adalah salah satu daripada aktiviti utama Imad. Selain itu dia juga sibuk menyediakan bahan untuk album terbarunya.

Imad yang kini masih bernaung di bawah syarikat rakaman Ambang Klasik berhasrat untuk terus berkarya.

``Saya akan menghasilkan semua lagu untuk album ini secepat mungkin,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.