saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/07/2001

Saari Amri akan terus berkarya

SELEPAS mengalami kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu hingga koma, ramai yang berpendapat komposer Saari Amri tidak akan kembali berkarya.

Bagaimanapun komposer yang cekal hati itu berpendapat segala yang dilalui adalah dugaan hidup dan berpegang pada prinsip itulah, Saari tidak menoleh ke belakang.

Dia akan terus berkarya dalam bidang seni selagi termampu.

Selepas kemalangan, nama Saari yang pernah popular suatu ketika dulu, kini seakan-akan dilupakan dalam arena seni kerana kebangkitan komposer baru.

Kepada Saari, keadaan itu bukanlah satu perkara yang tidak dapat diatasi.

Menurutnya, dia pernah mengharungi hidup dalam keadaan yang lebih sukar dan perit daripada itu.

``Saya tidak pernah kesal dengan apa yang menimpa diri, semua itu saya terima dengan redha,''katanya.

Sebab itu jugalah Saari tampil dengan album kompilasi berjudul Kompilasi Saari Amri, Ada Lagi.

Jelasnya, kehadiran album yang telah berada di pasaran sejak Jumaat lalu itu bertujuan untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dirinya masih lagi aktif.

Menerusi album itu, Saari memilih dua buah lagu baru dendangan kumpulan The Rocks iaitu Pasrah dan Kembang Mu Terbilang.

Lagu Pasrah ciptaan Saari sebelum ini pernah didendangkan oleh Erra Fazira dalam rentak pop.

Sementara itu, kumpulan The Rocks mendendangkan lagu tersebut dalam irama pop rock.

``Memang berbeza sekali dendangan Erra dan The Rocks. Saya ada memasukkan sedikit percussion untuk lagu dendangan The Rocks. Untuk menilai perbezaannya, kenalah dengar sendiri,'' katanya yang sibuk menghasilkan album kedua untuk kumpulan tersebut.

Jelas Saari, kumpulan tersebut telah bersedia dengan album sulung yang belum dipasarkan sejak setahun lalu.

Album sulung The Rocks yang turut memuatkan lagu Pasrah dan Kembang Mu Terbilang akan dipasarkan pada waktu terdekat ini.

``Sepanjang jadi komposer, saya belum pernah buat kerja gila begini, membuat album kedua untuk kumpulan yang album pertamanya belum berada di pasaran,'' akuinya yang begitu yakin dengan kemampuan vokal Syed Khairol, penyanyi The Rocks.

Selain The Rocks, album itu turut memuatkan lagu-lagu dendangan kumpulan Guest, Lemon T, Crayon, Big Boss, My Girlfriends dan Akma yang pernah tampil dengan album penuh sebelum ini.

Bagaimanapun, nama mereka kurang menonjol kerana pasaran album ketika itu turut terjejas oleh kegawatan ekonomi.

Lagu Kekasihku Yang Tak Nampak, dendangan Big Boss menurut Saari, dicipta selepas kemalangan jalan raya.

``Saya bersyukur sangat kerana masih hidup dan dapat meneruskan perjuangan seni. Sekarang ini, saya perlu bermula dari bawah balik,'' katanya yang mempunyai hampir 500 buah lagu dalam simpanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.