saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2001

Majlis Anugerah Sri Angkasa Celaru? - RTM harus bekajar daripada kesilapan

Oleh: SAHARUDIN MUSTHAFA
KHABARNYA siaran secara langsung Anugerah Sri Angkasa yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) minggu lalu memahat sejarah tersendiri buat stesen televisyen milik kerajaan.

Ini kerana siaran anugerah itu merupakan siaran paling terpanjang (lebih empat jam siaran) yang pernah diadakan dalam sejarah hiburan tanah air.

Kerana itu juga, majlis itu layak mengisi ruangan buku Malaysia Book Of Records.

Kepada yang membawa pulang trofi Sri Angkasa, barangkali belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.

Penerbit Bright Network Sdn. Bhd., Raja Alawiyah Raja Idris, menang besar dengan mendapat enam anugerah melalui drama Takbir Untuk Abdah.

Barangkali itulah detik paling indah dalam hidup bukan sahaja Raja Alawiyah malahan juga Wan Norazlin yang ditabalkan sebagai Pelakon Drama Wanita Terbaik.

Rosyam Nor juga tidak ketinggalan menempa kemasyhuran melalui anugerah Pelakon Drama Lelaki Terbaik.

Komposer dan penyanyi M. Nasir mengetepikan pencabar terdekatnya Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini serta Syafinaz untuk merangkul gelaran Penghibur TV Terbaik.

Sebanyak 62 anugerah disediakan oleh RTM untuk para karyawan termasuk mereka yang bekerja keras di belakang tabir radio dan televisyen.

Sebagai gergasi dalam dunia penyiaran tanah air, RTM jelas begitu komited terhadap usaha menghargai kerja keras orang lain.

Dalam tempoh 55 tahun beroperasi, RTM wajar diberi kalungan tahniah kerana tidak putus-putus berusaha menjaga hati semua pihak.

Pada petang itu, majlis Sri Angkasa turut menyaksikan kehadiran ramai artis ternama yang turut melaram. Seperti lazimnya, mereka akan tetap menjadi buruan dan tumpuan lensa kamera.

Kemunculan Amy Mastura mengubat kerinduan peminat selepas hampir setahun berehat kerana melahirkan anak. Selepas menjadi ibu, Amy tetap diminati.

Erra Fazira juga tampil dengan imej tersendiri sebagai penyampai anugerah, manakala penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza pula diberi penghormatan menyanyikan rangkaian lagu sebagai penghargaan buat penyanyi veteran Tan Sri S. M. Salim.

Bob Lokman tidak mengecewakan. Begitu juga dengan Aznil Nawawi yang banyak menyelamatkan keadaan.

Paling sedih, Maya Karin nyata belum bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengacara majlis.

Kejelitaan wajahnya bukanlah penentu untuk dia mengendalikan sebuah majlis yang besar dan disiarkan secara langsung seperti Sri Angkasa itu.

Dalam kerancakan dan kemeriahan majlis berlangsung, RTM sebenarnya masih belum mampu untuk mengubah suasana mengendalikan rancangan hiburan.

Siaran secara langsung seharusnya dikawal dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kecelaruan.

Tetapi apa yang berlaku di PWTC tempoh hari amat menyakitkan mata. Tahap keselamatan begitu longgar sehinggakan penonton masih dibenarkan masuk memenuhi dewan meskipun tempat duduk sudah penuh (penonton dibenarkan duduk di atas tangga).

Pada satu ketika, kepala penonton yang berlegar-legar di ruang kosong tangga kelihatan turut tersiar di kaca TV.

Keadaan ini sebenarnya tidak harus berlaku. RTM sepatutnya bersikap lebih bijak dan menggunakan sepenuhnya kepakaran serta tenaga kerja yang berpengalaman.

Kita semua tahu RTM sudah lama bertapak dan inilah masa yang sewajarnya digunakan untuk mengubah persepsi penonton dan masyarakat.

Malang sekali, itu tidak berlaku. Bilakah ia akan berubah, tiada siapa yang tahu.

Apa yang mampu kita doakan ialah semoga RTM akan belajar daripada kesilapan. RTM jangan sesekali membiarkan masyarakat terus mentertawakannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.