saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/08/2001

Mariam, Ali Rahman terima anugerah

Majlis Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-15 (FFM 15) turut memberi penganugerah kepada dua nama besar dalam bidang perfileman tempatan, seniman Ali Rahman dan seniwati Mariam Baharom.

Kedua pelakon veteran ini menerima Anugerah Pelakon Veteran Lelaki dan Wanita.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada majlis yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu.

Seniman Ali Rahman adalah orang pertama dari kampung kelahirannya, Trong, Perak Darul Ridzuan yang mencipta nama sebagai pelakon filem.

Beliau memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).

Filem yang membuka peluang kepada bekas kelasi kapal ini untuk menjadi pelakon utama turut dilakonkan oleh seniwati Neng Yatimah dan Mariam.

Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya Aladin dan Rayuan Sukma.

Nasib tiba-tiba tidak menyebelahi Ali Rahman apabila khidmat lakonannya seperti tidak dihargai oleh majikannya sehingga dia terpaksa balik ke kampung halamannya pada tahun 1957 untuk melupakan buat sementara dunia di bawah cahaya lampu yang berkilauan itu.

Ternyata Ali Rahman tidak dapat melupakan terus dunia yang pernah menjadi impian muluknya itu.

Dia kembali semula ke kancah perfileman untuk terus memberi sumbangan dan rela memegang watak sebagai pembantu.

Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor.

Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah Si Tora Harimau Jadian, Damak dan Dajal Suci.

Kini, pada usia yang sudah lanjut dan kesihatannya juga tidak mengizinkan untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Ali Rahman sudah benar-benar melupakan dunia perfileman. Masanya diisi dengan mengerjakan ibadat dan bersama keluarga tercinta.

Sementara itu, seniwati Mariam Baharom yang memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan tanpa sepatah dialog pada tahun 1949, kelihatan begitu terharu dengan anugerah yang diberikan kepadanya.

Meskipun terpaksa dibawa dengan kerusi roda ke tengah pentas untuk menerima anugerah berkenaan, Mariam memperlihatkan kegigihan semangatnya untuk sama-sama memeriahkan acara ini.

Filem Dewi Murni yang diarah oleh BS Rajhans pada tahun 1950 membuka kesempatan kepada kakak seniwati Saadiah ini untuk mengucapkan beberapa patah dialog dalam beberapa adegan.

Mariam menjadi salah seorang kawan baik kepada Kasma Booty yang menjadi heroin filem berkenaan di samping Osman Gumanti yang menjadi hero.

Pada tahun 1950 juga, pengarah S. Ramanathan memilih Mariam untuk menjadi pelakon utama di samping M. Amin dalam filem Kembar. Mariam memegang dua peranan dalam filem itu iaitu sebagai adik-beradik kembar dan mendapat gelaran `Mariam Kembar' daripada peminatnya.

Mariam kerap menjadi pasangan hero-hero terkenal pada tahun 50-an seperti P. Ramlee, Yusuf Latif, Ali Rahman dan Osman Gumanti dalam filem seperti Anjuran Nasib, Aloha, Kerana Kau, Kipas Hikmat dan Abu Hassan Pencuri.

Seniwati pujaan ramai ini dua kali mendirikan rumahtangga, pertama dengan jejaka bernama Latif yang merupakan ayah kepada Bat Latiff, Hamimah dan Mohammad Rafi.

Perkahwinan keduanya dengan penyanyi Rahim Hamid yang dikurniakan empat cahaya mata iaitu Rahimah Rahim, Rahman, Rudzi dan Hamidah.

Filem terakhir lakonannya ialah Pustaka Pontianak keluaran 1965 yang diarahkan oleh Ramon Setellah.

Mariam kini juga sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia perfileman dan bahagia dengan kehidupannya bersama keluarga di Singapura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.