saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/08/2001

Aziz anggap kejayaan satu cabaran

Pengarah Aziz M. Osman yang membawa kejayaan kepada filem Leftenan Adnan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-15 (FFM 15) Ahad lalu menganggap kejayaan itu satu cabaran untuk mengekalkan prestasi pada masa akan datang.

Bagi Aziz detik itu adalah suatu yang sangat menggembirakan.

Pada masa yang sama Aziz terharu kerana tidak dapat bersama karyawan filem lain pada malam kemuncak Anugerah Skrin Panca Delima kerana dia mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayahnya, M. Osman yang kembali ke rahmatullah pada 28 Julai lalu.

Selain berjaya sebagai Filem Terbaik, Leftenan Adnan juga memberi kemenangan kepada Aziz sebagai Pengarah Terbaik, Pengarahan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Aziz ketika dihubungi di rumahnya kelmarin berkata, kejayaan filem Leftenan Adnan adalah detik yang sangat menggembirakan sepanjang hampir 30 tahun dalam perfileman.

Filem usaha sama antara Kementerian Pertahanan dan Paradigm Film. Sdn. Bhd milik Aziz ini sebelum ini memenangi anugerah khas juri di Festival Filem Asia Pasifik di Hanoi tahun lalu.

Dalam dunia perfileman tempatan Aziz adalah satu-satunya pengarah generasi baru yang paling produktif dan selalu mencuba stail dan pendekatan yang berbeza dalam filem arahannya.

Minatnya yang mendalam terhadap filem-filem fiksyen sains telah dizahirkan menerusi filem XX Ray dan XX Ray 2 dan juga filem Fantasia.

Sementara itu filem arahannya Seri Dewi Malam menerima anugerah untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki (Danny X Factor) dan Pelakon Harapan Wanita (Jeslina) serta Lakon Layar Terbaik.

Filem yang diterbitkannya bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd, Senario Lagi pula menerima anugerah sebagai Filem Box Office.

``Ia adalah detik-detik yang cukup menggembirakan,'' ucap Aziz yang menonjol dalam pengarahan menerusi filem Fenomena sepuluh tahun lalu.

``Saya terharu kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan ini dengan arwah ayah yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk buat filem,'' jelas Aziz.

Mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima oleh filem-filem arahannya, jelas Aziz ia merupakan satu tanggungjawab besar kepada perjuangannya sebagai insan seni.

``Apabila menerima anugerah ia memberi jawapan bahawa saya tidak gagal untuk membuat yang terbaik. Dan ini merupakan satu cabaran untuk saya terus berkarya pada masa depan,'' katanya lagi.

Mengenai pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman dan Umie Aida yang gagal mencatat sebarang kemenangan, jelas Aziz dia menghormati keputusan pihak juri.

``Mereka tidak menang bukan kerana tidak baik, tetapi ada orang lain yang lebih baik daripada mereka,'' jelas Aziz yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Asia menerusi filem Sayang Anakku Sayang tahun 1976.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.