saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/08/2001

Sheila Mambo anggap Idola cukup bermakna

MESKIPUN wataknya sebagai Ruby, bekas isteri Mukriz lakonan Norman Hakim dalam filem Idola hanya 13 adegan, namun Sheila Mambo tidak pernah berasa terkilan.

Baginya peluang berlakon dalam filem arahan Aziz M. Osman sudah cukup memberi makna pada dirinya.

Selain daripada berlakon sebagai isteri dan ibu, dia juga diberi kesempatan menunjukkan bakat sebagai penyanyi.

Sheila yang pernah menyimpan impian menjadi penyanyi rakaman dulu mengaku peluang mengetengahkan suaranya sebagai penyanyi dalam filem dapat mengubat rindunya untuk menjadi penyanyi.

``Sebagai penyanyi, Aziz rasa perlu ada adegan untuk saya menyanyi kerana relevan dengan watak Ruby.

Inilah pertama kali saya menyanyi dalam filem atau drama,'' katanya yang akan mendendangkan lagu Senyuman Terakhir.

Selain menyanyi, Sheila yang kini telah berpisah dengan suaminya mengaku sejak akhir-akhir ini dia sering diberi watak sebagai ibu.

Biarpun watak ibu ada ketikanya melebihi usianya, Sheila tidak kekok untuk melakonkannya.

Ujarnya, sebagai pelakon, dia perlu menghayati watak yang lebih tua daripada usia sebenarnya dan dianggap sebagai satu cabaran.

Antara drama yang memerlukan dia berlakon sebagai ibu ialah Kassim Masih Selamat, Kudin Ronaldo dan Asam Gelugur Buah Kedondong, terbitan Perkasa Filem.

Dalam drama itu dia berlakon sebagai ibu yang cuba mengeratkan hubungan antara anak dan menantu.

``Berlakon sebagai ibu bukan tanda kerjaya kita sudah sampai ke penghujung.

``Sebenarnya watak sebegitu amat mencabar dan melakonkan sesuatu di luar jangkauan usia yang dapat mematangkan fikiran kita.

``Ini kerana untuk membawa watak sebegitu, kita perlu membuat kajian daripada orang yang telah mencecah usia sebegitu,'' katanya berterus-terang.

Dia yang meminati irama jaz itu telah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan.

Kata Sheila, walaupun namanya tidak segah pelakon lain, namun dia sentiasa mendapat kepercayaan para pengarah untuk berlakon.

Sehubungan itu, dia tidak pernah mengambil kesempatan di atas kepercayaan tersebut.

Sheila yang lebih senang melakukan satu pekerjaan dalam satu masa berhasrat untuk menceburi bidang teater pula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.