saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 09/08/2001

Mata pelajaran jawi diwajibkan mulai 2003

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tulisan jawi akan dijadikan mata pelajaran wajib dan dinilai dalam peperiksaan awam bermula pada tahun 2003, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir.

``Sebagai usaha memartabatkan tulisan jawi, kementerian menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam dengan memasukkan jawi sebagai satu bidang daripada mata pelajaran tersebut,'' katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan asal Senator Abdul Malek Abdul Ghani mengenai perancangan kementerian untuk memartabatkan semula tulisan jawi di sekolah rendah.

Pada masa ini, ujar Mahadzir, mata pelajaran tulisan jawi diajar di Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan menggunakan masa Pendidikan Islam.

Menurutnya, peruntukan masa bagi mata pelajaran itu ialah 30 minit seminggu dan sukatan pelajaran khas digunakan untuk mata pelajaran tulisan jawi.

Katanya, pengukuhan tulisan jawi juga dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Kata beliau, Buku Teks Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan jawi manakala aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam digalakkan menggunakan tulisan jawi.

Kepada soalan Senator Siti Zailah Mohd. Yusoff, beliau berkata, kementerian akan menilai dalam sukatan baru mata pelajaran itu sama ada masa pengajaran tulisan jawi 30 minit itu mencukupi.

Mulai tahun ini juga, beberapa kursus diadakan kepada guru pendidikan Islam untuk memantapkan penguasaan mata pelajaran tulisan jawi ke arah pemantapan Kurikulum Pendidikan Islam (Semakan 1999).

Kementerian juga, ujarnya, bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia (Penjawim) dalam menganjurkan kegiatan seperti seminar, kursus dan promosi tulisan khat supaya menjadi motif dalam mata pelajaran lukisan.

Sementara itu, Mahadzir berkata, dianggarkan 3,300 pelajar Melayu sedang mengikuti kursus peringkat ijazah di semua universiti luar negara yang merupakan pelajar tajaan kerajaan dan agensi swasta.

``Kursus yang diikuti oleh pelajar tersebut adalah bidang kritikal seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan dan teknologi,'' katanya.

Oleh: JOHARDY IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.