saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/08/2001

Album Hijjaz sarat peringatan

HAMPIR dua tahun, kumpulan Hijjaz tidak menghasilkan album penuh.

Jangka masa yang panjang menyebabkan peminat ternanti-nanti kemunculan Hijjaz dengan idea dan penumpuan yang lebih baru.

Sebelum ini, Hijjaz pernah tampil dengan album seperti Cahaya Illahi (1997) yang meraih platinum, Keizinanmu (1998) anugerah emas, Pelita Hidup I (1998) mencecah platinum dan Rindu (1999) yang merangkul anugerah emas.

Selepas itu, kumpulan Hijjaz muncul dengan enam buah album kompilasi sama ada dari Telaga Biru atau syarikat rakaman lain.

Pemergian Allahyarham Salleh Ramli ke pangkuan Illahi memberi kesan yang mendalam kepada kumpulan Hijjaz.

Untuk Hijjaz, kehilangan Allahyarham Salleh tiada pengganti. Ini kerana nilai dan sifat persaudaraan yang amat berat antara mereka telah terjalin sejak zaman kanak-kanak lagi.

``Kemunculan Hijjaz adalah hasil daripada persahabatan yang mempunyai persefahaman yang amat kuat dan buat masa ini kami belum pun bercadang untuk mencari pengganti Salleh,'' kata Isman Nadim selaku ketua kumpulan.

Pemergian Salleh tidak mematahkan semangat Hijjaz, sebaliknya ia menjadi pendorong untuk mereka bergerak ke hadapan.

Sehubungan itu, Hijjaz mengambil inisiatif melahirkan album baru yang berjudul Hidup dan Mati - dari Allah Kita Datang dan kepada Allah Kita Kembali.

Hijjaz memilih tema sebegitu rupa untuk menyedarkan masyarakat bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui ajal bila tiba masanya.

Untuk album solo keempat ini, Hijjaz masih mengekalkan Munif Ahmad sebagai penerbit.

Album yang menggabungkan pelbagai cantuman kreativiti itu juga turut menyerapkan lima unsur unggul iaitu nasyid, zikir, doa, hadis dan petikan ayat suci al-Quran.

Bagi menampakkan album itu selari dengan mesej yang disampaikan, beberapa bunyi khas telah digunakan.

Bunyi khas itu adalah sebagai simbolik sempena persekitaran alam semula jadi sebagai mahkluk yang sentiasa memuji kebesaran Allah s.w.t..

Album yang telah berada di pasaran sejak seminggu lalu turut memuatkan sebuah lagu ciptaan Munif yang dituju khas untuk Salleh sebagai lambang persahabatan sejati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.