saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/2001

Aliff Ill Ya kumpulan berkarismatik

APABILA menyebut mengenai kumpulan nasyid ataupun album nasyid, masyarakat hari ini lebih menjuruskan fahaman mereka hanya kepada mesej berkaitan keagamaan.

Fakta ini sebenarnya harus diperbetulkan kerana ia boleh menyempitkan ruang seni yang sedia ada terutamanya pada zaman kebangkitan irama nasyid seperti hari ini.

Kumpulan nasyid yang popular ketika ini sudah mampu memecah tradisi lama dan turut memonopoli pasaran lagu-lagu pop di persada seni tanah air.

Malah, nasyid juga sudah menjadi bahan utama di dalam menyampaikan hiburan secara positif termasuklah yang berunsur pendidikan.

Kemenangan beberapa kumpulan nasyid pada majlis anugerah berprestij membuktikan irama berkenaan sememangnya mempunyai cita rasa dan peminat yang tersendiri.

Syarikat rakaman Wayang Tinggi Entertainment (WTE) juga sentiasa bersikap positif dan terbuka terhadap saluran seni yang menjurus kepada pendidikan.

Dengan menjadikan kumpulan baru, Aliff Ila Ya sebagai keluarga terbaru mereka, WTE menjangka mampu menghidangkan satu lagi hiburan berbentuk pendidikan.

``Karisma yang ada kepada kumpulan berkenaan menyebabkan kami tertarik untuk berkerja sama dengan mereka.

``Selain itu juga, WTE mahu meneruskan misi di dalam menghidangkan hiburan berunsur pendidikan menerusi lagu dan ia secara kebetulan mampu dilaksanakan oleh Aliff Ila Ya,'' jelas jurucakap WTE, Tengku Zahari.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Alif Ila Ya telah banyak menerima jemputan ke majlis persembahan nyanyian, teater, konsert, program tv dan sebagainya.

Beberapa anggota kumpulan ini juga pernah terbabit dengan pembikinan klip video dan album beberapa artis tempatan lain sebelum ini.

Kumpulan ini dianggotai oleh Syawal Paino, Khairul Nizam Rahim, Afezan Ponijan dan Meor Ahmad Shahid Meor Ahmad.

Album pertama mereka dijangka akan berada di pasaran pada waktu terdekat ini.

Sebelum ini, beberapa konsert yang pernah mereka sertai ialah Konsert Malam Mencari Kekasih, Malam Kesenian Islam UiTM, Konsert Bakis bersama Raihan, Majlis Makan Malam GPMS Bersama Perdana Menteri dan terbaru Malam Kembara Sirah.

Antara teater yang pernah mereka berlakon ialah Al-Amin', Malam Haram dan persembahan khas sempena maulidur-Rasul di Stadium Nasional Bukit jalil baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.