saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/08/2001

Voice of Asia medan mencipta nama

Oleh: ROSLI MANAH (Yang membuat liputan Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan)
Pertandingan nyanyian Voice of Asia yang menjadi acara tahunan sejak 12 tahun lalu di Almaty Kazakhstan sudah tidak asing kepada peminat hiburan tanah air.

Ini kerana beberapa penyanyi popular seperti Ziana Zain, Anis Suraya dan kumpulan Slam pernah membawa pulang anugerah yang dimenangi dalam pertandingan itu.

Namun kemenangan tersebut semacam tidak dihargai apabila sesetengah pihak memandang sepi terhadap anugerah yang dimenangi di pertandingan ini.

Malah ada yang memperlekehkan kemenangan penyanyi tempatan kerana Voice of Asia dikatakan tidak bertaraf antarabangsa.

Barangkali ini disebabkan oleh negara penganjurnya, Kazakhstan belum melahirkan penyanyi bertaraf dunia atau negara tersebut baru menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-10 baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Almaty, Kazakhstan pada 1 Ogos hingga 8 Ogos lalu itu mendapat publisiti yang meluas di akhbar, majalah, radio dan TV negara tersebut.

Voice of Asia satu-satunya acara antarabangsa yang membawa dunia melihat Kazakhstan. Ini membuktikan pertandingan muzik seperti ini boleh membuka mata peminat muzik di dunia tentang sesuatu destinasi dalam perkembangan muzik.

Tiket untuk menonton pertandingan tersebut agak mahal iaitu mencecah RM380 setiap seorang untuk satu tempat duduk bermeja.

Populariti Voice of Asia yang dinaungi oleh Datuk Bandar Almaty membuatkan ruang di Stadium Medeu di kaki Gunung Tien Shan dibanjiri penonton setiap malam persembahan.

Pertandingan yang membuka penyertaan kepada penyanyi dari seluruh dunia itu juga mendapat kerja sama pasukan polis dan tentera Kazakhstan. Mereka akan memastikan keselamatan di dalam dan luar stadium agar ia tidak dicemari oleh sebarang kejadian yang tidak diingini.

Datuk Bandar Viktor Khrapunov berkata, beliau ingin menjadikan pertandingan itu sebagai satu tarikan antarabangsa terhadap negara tersebut.

Voice of Asia atau dalam bahasa Kazakhstan Azia Dauysy kerana diadakan di Asia bukan kerana bersifat Asia.

``Sepanjang pertandingan ini dianjurkan kami menerima penyertaan dari 79 buah negara dan semakin dikenali di seluruh dunia,'' kata Viktor.

Malah telah menjadi matlamat utama penganjur untuk meletakkan Voice of Asia sebagai satu tumpuan dunia pada masa akan datang.

Sementara itu penyanyi beberapa negara mendapat penajaan daripada pihak kerajaan untuk membolehkan mereka menyertai pertandingan itu.

Pemenang anugerah Grand Prix, Ladine Roxas dari Filipina misalnya mendapat tajaan daripada Kementerian Luar Negara untuk menyertai pertandingan ini.

Demikian juga peserta dari Romania, Mesir, Cyprus, Georgia dan Malta yang turut mendapat penajaan dari pelbagai pihak untuk membolehkan penyanyi dari negara berkenaan beraksi di Voice of Asia.

``Pihak berkaitan di Filipina membuka ruang kepada saya untuk penyertaan pertandingan yang bertaraf antarabangsa,'' kata Ladine ketika ditemui selepas memenangi pertandingan tersebut.

Bagi Ladine, kemenangan itu membuka jalan kepadanya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni suara. Tambahan pula dia akan merakamkan album Inggeris awal tahun depan.

Pemenang tempat kedua Voice of Asia 2000, Fabrizio Faniello dari Malta mula mendapat perhatian selepas menyertai pertandingan tersebut. Dia yang belum menghasilkan album semasa menyertainya tahun lalu sering muncul di dalam program hiburan televisyen di Malta.

``Kemenangan di Kazakhstan sebagai membawa tuah kerana nama saya mula dikenali selepas itu,'' katanya.

Faniello kini baru muncul dengan album sulung yang dirakam di Denmark dan akan dipasarkan ke negara Asia tidak lama lagi.

Nasib penyanyi Malaysia tidak secerah penyanyi lain apabila kembali membawa pulang anugerah dari Kazakhstan. Buktinya Anis Suraya yang pernah memenangi pertandingan itu dipandang seni dan kejayaan itu tidak membantu kariernya.

``Banyak yang menganggap Voice of Asia tidak berprestij,'' kata Anis.

Kumpulan GT Boyz yang menyertai pertandingan tahun ini terpaksa menggunakan wang sendiri untuk terbang ke sana apabila gagal mendapat penaja.

Dalam pertandingan kali ini 16 peserta dari 14 buah negara mengambil bahagian. Antara negara yang menghantar wakil mereka ialah Britain, Filipina, Yugoslavia, Cyprus, Finland, Romania, Mesir, Sri Lanka, Malta, Bulgaria, China, Georgia dan negara tuan rumah.

Rata-rata peserta terdiri daripada penyanyi terkenal di negara masing-masing. Malah mereka juga turut mencipta dan menggubah lagu sendiri.

``Saya ingin mencuba nasib di sini setelah sepuluh tahun menyanyi di Romania,'' kata peserta Romania, Adrian Enache.

Enzo Gusman dari Malta juga bukanlah satu nama baru di negaranya. Malah dia antara penyanyi ternama yang menghasilkan beberapa buah album.

Stefan Mitrov dari Bulgaria juga seorang komposer yang menghasilkan lagu untuk album sendiri dan penyanyi lain.

``Penyertaan saya membuatkan saya mendapat ilham baru untuk menghasilkan lagu lebih baik,'' jelasnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.