saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/08/2001

Saya tak kaya tapi bahagia - Zaibo

LUAHAN RASA
APAKAH yang terbayang di fikiran anda apabila nama Zaibo disebut oleh teman di sebelah anda?

Zaibo pelakon Spanar Jaya! Zaibo pelakon Under One Roof! Zaibo pelawak! Zaibo hebat di teater! Zaibo belum kahwin atau Zaibo pelakon yang botak!

Pastinya itulah antara jawapan yang akan terpacul keluar dari mulut anda.

Apa sahaja persepsi atau pandangan masyarakat tentang Zaibo, itu adalah hak mereka.

Tetapi tahukah anda bahawa Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin, pelakon yang memiliki ijazah dalam pengajian seni dari Universiti Sains Malaysia (USM), adalah seorang yang serius!

Karakter peribadi Zaibo berbeza dengan apa yang anda tonton selama ini sama ada di televisyen, filem mahupun di pentas teater.

Di sofa empuk di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zaibo, 45, meluahkan isi hatinya kepada wartawan Pancaindera, SAHARUDIN MUSTHAFA mengenai kehidupan solo, karier seninya serta apa perasaannya apabila orang memanggilnya botak.

Zaibo jarang memberikan ke- nyataan sedemikian kepada pihak media. Apa yang anda baca ini adalah luahan yang datang sekali sekala.

DIAM tak diam sudah 18 tahun saya bergelumang dalam bidang seni. Saya sendiri tidak menyangka dapat bertahan dalam dunia lakonan sehingga ke tahap ini.

Inilah rezeki namanya. Jika mampu bertahan sehingga ke tempoh itu ia bermakna saya tidak tersilap memilih kerjaya untuk menampung kehidupan saya.

Bagaimanapun, saya tidak nafikan saya sering diajukan pertanyaan oleh rakan-rakan, mewahkah hidup sebagai seorang artis?

Sukar diberi jawapan yang tepat bagi soalan itu kerana maksud mewah terlalu subjektif.

Jika mahu diukur kemewahan seseorang, kita perlu melihat gaya hidupnya, bagaimana rumah yang dimilikinya, kereta apa yang dipandunya dan banyak lagi.

Dalam konteks kehidupan saya hari ini, saya harus bersyukur kepada Allah kerana rezeki yang tidak putus-putus diberikan kepada saya.

Saya harus tekankan bahawa kehidupan masyarakat artis di Malaysia, daripada apa yang saya lihat, secara umumnya semuanya berlandaskan kesederhanaan dalam segenap aspek.

Saya tidak mengatakan saya kaya, tetapi saya amat bahagia dan selesa dengan kehidu-

pan yang saya lalui.

Apatah lagi pada usia 45 tahun dan saya

memilih untuk menjalani hidup secara sendirian, saya kira saya manusia yang cukup bertuah.

Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan berlakon dan bila saya akan bersara.

Menjalani kehidupan secara sendirian membuatkan saya sentiasa memikirkan kepentingan berhubung keselesaan diri atau kehidupan teratur, perasaan, emosi serta kesihatan yang baik. Saya amat bahagia melalui kehidupan saya sekarang biarpun secara sendirian.

Bagaimanapun, jika ditanya soal kepuasan, saya sering bertanya kembali kepada diri saya apakah saya puas hidup selama 45 tahun. Saya yakin, kita jarang bertanya kepada diri kita sejauh mana kita puas dengan kehidupan yang kita lalui.

Saya juga sedar, manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.

Sebenarnya saya tidak sempat berfikir apa yang saya tidak puas kerana saya selesa dengan kehidupan sebagai anak seni yang saya lalui.

Lebih membuatkan saya terharu dengan tugas saya ini ialah apabila ada peminat yang merupakan orang yang jauh lebih berumur datang menyapa saya dan mengatakan lakonan saya telah menyinari kehidupan mereka yang berada di penghujung usia.

Tetapi pada usia 45 tahun saya sering bertanya kepada diri apa yang telah saya capai sepanjang saya melalui kehidupan di bumi Allah ini.

Jika ditanya soal persaraan dan apa yang saya akan lakukan, sukar rasanya untuk menjawab. Namun, saya tidak nafikan saya mempunyai banyak perancangan tetapi saya tidak akan mengikut trend semasa iaitu melakukan apa yang orang lain lakukan.

Bercerita tentang kerjaya saya sebagai anak seni, suka untuk saya jelaskan di sini bahawa saya sebenarnya bukan seorang pelawak.

Saya merupakan seorang pelakon komedi. Saya rasa masyarakat harus tahu membezakan kedua-dua perkara ini kerana pelawak dan pelakon komedi berbeza. Saya tidak mahu masyarakat keliru dengan istilah ini.

Adalah menjadi cita-cita saya jika pengarah memberikan kepercayaan untuk saya melakonkan watak-watak yang jauh lebih serius daripada apa yang saya lakukan seperti pelakon yang saya kagumi iaitu Fauziah Nawi, Jalil Hamid dan Azean Irdawaty.

Seperkara lagi yang ingin saya luahkan di sini ialah mengenai perangai orang di seke-

liling yang membuatkan saya kurang selesa apabila dipanggil botak di te-

ngah khalayak.

Persoalan ini sebenarnya sudah lama membelenggu saya tetapi saya pendamkan sahaja kerana adalah menjadi hak masyarakat untuk memanggil saya apa sahaja. Saya tidak

mengatakan saya begitu sensitif, tapi saya merasakan sedikit kurang selesa.

Bagaimanapun, dari aspek lain, saya harus akur bahawa mungkin itu caranya masyarakat mengenali saya dan label sedemikian barangkali sudah begitu serasi dengan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.