saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/08/2001

Jalur Gemilang mungkin terbesar di dunia

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, bergambar di hadapan Jalur Gemilang berukuran 159 X 108 meter, yang terbesar dalam sejarah negara, di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, semalam.


IPOH 25 Ogos - Bendera Jalur Gemilang berukuran 159 X 108 meter yang disediakan oleh pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di sini, diisytiharkan sebagai bendera terbesar yang pernah disediakan di negara ini oleh Malaysia Book of Records.

Pengesahan tersebut dibuat berdasarkan kepada saiz bendera tersebut yang mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang yang menjahit Jalur Gemilang berukuran 118 X 77 meter pada 2 April lalu.

Malahan saiz bendera itu mungkin bakal mencatatkan rekod dunia kerana setakat ini saiz bendera terbesar yang dicatatkan di Amerika Syarikat pun lebih kecil daripada saiz Jalur Gemilang itu.

Bagi menyiapkan bendera terbesar itu, seramai 300 pelajar, 120 guru dan 100 ibu bapa pelajar SMK Seri Ampang telah berusaha siang dan malam menjahit gulungan kain sepanjang 16 kilometer yang mengambil masa 21 hari untuk disiapkan.

Projek tersebut yang mendapat sokongan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli, disiapkan dengan kos sebanyak RM65,000 dan bendera Jalur Gemilang raksasa itu akan dipamerkan kepada orang ramai di Padang Ipoh mulai 29 Ogos ini.

Sijil pengiktirafan rekod bendera terbesar di bawah Kategori Pencapaian Manusia telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang turut menyerahkan sijil berkenaan kepada Pengetua SMK Seri Ampang, Mohd. Rauhi Mohd. Isa.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh ialah Pengarah Urusan Malaysian Book of Records, Danny Ooi yang bertanggungjawab mengesahkan saiz Jalur Gemilang buatan SMK Seri Ampang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.