saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/08/2001

`Kisahmu Belum Berakhir' menang Pertandingan Lagu Patriotik Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Lagu Kisahmu Belum Berakhir ciptaan Shanon Shah Mohd. Sidik, 23, memenangi tempat pertama Pertandingan Lagu Patriotik Milenium Malaysia ICOM 2001 yang diadakan di Angkasapuri malam ini.

Kemenangan itu membolehkan penciptanya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi iringan.

Tempat kedua dimenangi oleh Azim Sulaiman, 24, dengan lagunya Negaraku Malaysia manakala tempat ketiga diraih oleh Nisha Arunasalam, 21, dengan lagu ciptaannya berjudul One Nation, One Land.

Azim memenangi hadiah wang tunai RM20,000 sementara Nisha membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,500.

Semua hadiah disumbangkan oleh Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia (ICOM).

Seramai 12 pencipta muda berusia antara 17 dan 25 tahun terpilih ke peringkat akhir pertandingan lagu patriotik tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut menerima cenderamata istimewa berupa sebuah gitar elektrik buatan tangan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.