saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/09/2001

Juruukur pandu Satria jelajah dunia

KANGAR 31 Ogos - Seorang juruukur bahan hari ini memulakan perjalanan mengelilingi dunia dengan memandu Proton Satria 1.8 secara solo.

Shamsurrijal Abdul Jamil, 36, dari Johor dilepaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga penaung projek bernama cabaran Jalur Gemilang Dua itu.

Shamsurrijal memulakan perjalanan dengan kereta bernombor pendaftaran MAS2001 menyeberangi sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand lewat petang ini untuk merentasi enam benua sejauh lebih 80,000 kilometer.

Sebelum itu, Shahidan menyampaikan sumbangan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) sebanyak RM5,000 kepada Shamsurrijal.

Tertera di kenderaan itu ialah perkataan "The Malaysian Achievement Spirit (MAS) 2001" yang secara kebetulan sama dengan nombor pendaftaran kenderaannya di samping logo beberapa penaja.

Sebelum ini Datuk Azhar Mansor dari Perlis mencatat sejarah negara dengan belayar secara solo mengelilingi dunia melalui projek Jalur Gemilang.

Shamsurrijal memberitahu pemberita di sini bahawa beliau akan melalui 63 buah negara dengan keretanya yang dicat dengan lakaran Jalur Gemilang dan beliau yakin misinya akan berjaya.

"Saya menjangkakan dapat menamatkan misi ini antara enam dan lapan bulan. Segala-galanya bergantung kepada keadaan di perjalanan," katanya sambil berkata beliau memilih hari ini bagi memulakan cabaran itu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-44. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.