saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/09/2001

Wildkatz... yakin pada kemampuan sendiri

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
DUNIA hiburan tempatan terlalu mudah memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bergiat aktif di dalamnya.

Sama ada mereka berbakat ataupun sebaliknya, itu bukanlah persoalan penting kerana individu yang berani dan tampil dengan sesuatu yang `kononnya' baru dianggap lebih mudah mendapat tempat.

Semacam menjadi trend kebelakangan ini apabila sebilangan besar remaja wanita sama ada yang masih bersekolah atau tidak memilih nyanyian sebagai kerjaya.

Kumpulan Wildkatz juga salah satu daripada remaja yang dilihat begitu agresif untuk bergelar penyanyi.

Wildkatz dianggotai oleh enam remaja terdiri daripada Riffa, Amanda, Winnie, Misha, Fina dan Gina.

Meskipun kebolehan sebenar sebagai penyanyi belum teruji, wajah jelita mereka sudah sering terpapar di beberapa majalah hiburan tempatan sebagai tanda bahawa penampilan mereka mula disedari.

Menurut salah seorang anggota kumpulan berkenaan, Riffa, perhatian yang diberikan kepada kumpulan berkenaan memberikan mereka semangat untuk meneruskan agenda dalam bidang seni.

``Ia adalah permulaan yang memberangsangkan. Kami yakin dengan cara memaparkan diri dalam majalah dengan lebih kerap akan memberikan peluang kepada album kami untuk meraih jualan memberangsangkan di pasaran,'' jelasnya.

Mengutip pengalaman sebagai penghibur di kelab-kelab dan hotel seluruh negara, menurut Riffa lagi, anggota Wildkatz yakin untuk bersaing dalam bidang hiburan sebaris dengan artis popular ketika ini.

``Dengan konsep dance pop rock, kami lebih mengutamakan pada kemantapan vokal dan rentak tari masa kini,'' jelasnya lagi.

Album sulung mereka telah diterbitkan oleh Benny Ardjuna yang merupakan seorang penerbit berpengalaman dalam pembikinan album-album bercorak Dance Muzik.

``Benny pernah mengangkat nama kumpulan Freshies suatu ketika dahulu dan juga berjaya menaikkan nama kumpulan Def Gab-C menerusi lagu Ibukota Cinta.

``Kepakaran dan pengalamannya meyakinkan kami untuk menggunakan khidmatnya. Selain itu, lagu ciptaannya diyakini mampu menepati cita rasa pencinta muzik masa kini,'' katanya lagi.

Wildkatz juga menggunakan khidmat pemuzik berpengalaman di dalam album mereka seperti Kid (Search), Shah (Slam), Julian Mokhtar (Blues Gang), Ija (Medicine) dan Along (Exist).

``Dengan sentuhan mereka dan berbekalkan pengalaman serta usaha gigih daripada semua pihak kami yakin akan menggegarkan industri muzik dan menambat hati peminat semua lapisan masyarakat,'' katanya lagi.

Antara lagu yang terdapat dalam album mereka ialah Sesungguhnya Ku Mencintaimu, Jangan Jadi Hantu, Selamat Hari Jadi dan Impian Harapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.