saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/09/2001

Azli Azfar juara Sinaran Pertiwi

Oleh ROSLI MANAH
MINAT pada lagu-lagu bercorak patriotik membawa tuah kepada pelajar tingkatan empat, Alif Azfar Ishak apabila menjuarai pertandingan Sinaran Pertiwi yang diadakan sempena sambutan merdeka.

Alif yang memilih lagu-lagu Tanah Pusaka, Nilai Bangsa dan menggesek voilin lagu Tanah Pusaka membawa pulang wang tunai RM7,000, trofi serta pakej-pakej pelancongan bernilai RM8,000.

Dia juga memenangi kategori persembahan terbaik dan membawa pulang RM1,000 serta hadiah iringan lain.

Dia menganggap usaha pihak TV3 menganjurkannya mampu menambah minat remaja kepada lagu bercorak sedemikian.

``Saya memang sukakan lagu patriotik kerana kita boleh menyanyikan dengan penuh semangat,'' katanya.

Selain dapat menanamkan rasa cintakan negara dalam diri, dia berharap persembahannya juga dapat menarik orang lain.

Sememangnya, Sinaran Pertiwi dianjurkan dalam usaha untuk menyelitkan mesej jati diri kepada generasi muda masa kini.

Konsep rancangan itu untuk membentuk kesedaran supaya generasi muda lebih menghargai masa serta lebih bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Ia juga ingin membuka ruang kepada generasi muda meluahkan rasa cinta mereka terhadap bangsa dan negara menerusi persembahan.

Selain lagu, peserta juga dibenarkan mengadakan persembahan sampingan seperti bersajak, pantun serta lakonan berkonsepkan rasa cinta pada negara.

Kumpulan Noosa yang dianggotai oleh Sofian Mohd. Noor, Mohd Almi Ali, Mohd Hamdaly Md Ali dan Sharol Nizam Jantan memenangi tempat kedua. Mereka membawa pulang RM5,000 serta hadiah sampingan bernilai RM5,000.

Mereka mempersembahkan lagu Ilham Pujangga, dikir barat serta sajak tulisan sendiri berjudul Remaja yang mengupas masalah remaja masa kini.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Nor Hasmidar Ahmad yang menyanyikan lagu Melati Di Tapal Batas dan Dirgahayu Tanah Airku serta menunjukkan kepandaian bersilat.

Dia membawa pulang hadiah bernilai RM7,000 termasuk wang tunai sebanyak RM3,000.

Lima peserta akhir lain ialah kumpulan UPSI, kumpulan Merah, Farinda Majmin Muhibbuddin, Zaniza Ahmad dan Nurlida Ab Raman menerima hadiah bernilai RM2,000 termasuk wang tunai RM500.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.