saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 07/09/2001

DRB-HICOM jual AirAsia

Oleh: FAUZI JAAFAR
KUALA LUMPUR 6 Sept. - DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) telah melupuskan semua kepentingannya di dalam AirAsia Sdn Bhd. (AirAsia) kepada Tune Air Sdn Bhd. (Tune Air) sebagai usaha menyelaraskan perniagaannya.

DRB-HICOM di dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian menjual 51.68 juta saham biasa bernilai RM1 sesaham pada harga RM1.00 dalam AirAsia kepada Tune Air yang akan juga menanggung 50 peratus liabiliti bersih syarikat penerbangan tempatan itu.

DRB-HICOM menguasai 99.25 peratus ekuiti di dalam AirAsia manakala bakinya pula dipegang oleh Mofaz Air.

Menurut sumber, penjualan yang tidak diketahui nilai liabiliti bersih AirAsia, dilakukan demi menyelaraskan perniagaan DRB-HICOM kepada automotif, hartanah dan perkhidmatan menggunakan kepakaran yang sedia ada di dalam kumpulan.

Selain itu, kata beliau, kurangnya kepakaran di dalam industri penerbangan memaksa DRB-HICOM menjual pegangannya di syarikat penerbangan itu yang mengalami kerugian.

``Tindakan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban hutang DRB-HICOM pada masa akan datang,'' kata sumber itu lagi.

Pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Saleh Sulong sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya untuk menjual AirAsia kepada pihak-pihak yang berminat.

Penjualan itu yang dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi kini sedang dalam proses penilaian berhemat.

AirAsia ditubuhkan pada 16 November 1996 dan beroperasi di Kota Kinabalu, Kuching, Labuan dan Langkawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.