saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/09/2001

Screen tampil dengan album baru

DALAM diam rupanya kumpulan Screen telah berjaya menghasilkan enam buah album.

Album terbaru kumpulan tersebut berjudul Manja KekasihKu yang diterbitkan oleh Lan Laga dan Eddie Hamid.

Tidak seperti kumpulan lain, Screen boleh dikatakan ketinggalan dalam publisiti namun mereka mampu mencipta kejayaan dengan gaya tersendiri.

Screen sering mendapat perhatian peminat kerana kebanyakan lagu-lagu dendangan kumpulan itu memenuhi cita rasa pendengar.

Sambutan hangat itu dapat dibuktikan menerusi album mereka sebelum ini seperti Tak Suka Tak Apa, Kita Ditakdir Berpisah, Bila Cinta Di Dusta, Dibuai Rindu Semalam dan Permata hati.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu berirama perlahan yang menjurus kepada persoalan cinta itu melahirkan rasa syukur kerana Screen berjaya memikat hati pendengar dengan lagu-lagu yang didendangkan.

``Kami sedar di kalangan peminat ada yang tidak mengenali siapa anggota Screen. Tapi itu bukan persoalannya kerana apa yang penting mereka dapat menghafal lagu-lagu dendangan kami,'' jelas G-Mie, vokalis kumpulan.

Screen turut dianggotai oleh One (gitar), Adie (bes), Ujang (dram) dan Aleem (gitar), anggota baru kumpulan bagi memantapkan lagi kedudukan mereka di persada seni.

Selain daripada mempertaruhkan lagu-lagu yang menepati pilihan pendengar, Screen juga menitikberatkan soal persembahan.

Mereka yakin persembahan yang mantap semasa di pentas adalah punca kejayaan sesebuah kumpulan.

Menurut One, persembahan kumpulan penting kerana ia adalah daya penarik selain daripada tumpuan vokal penyanyi.

Sehubungan itu, Screen berharap album Manja KekasihKu yang menampilkan 10 buah lagu turut memperlihatkan bakat G-Mie sebagai pencipta menerusi lagu Dunia Rencana.

Di samping itu, dia juga turut menunjukkan bakat penulisannya menerusi lirik lagu Dunia Rencana dan Aksesori.

Menerusi album ini juga, Screen telah mendendangkan sebuah lagu khas untuk gadis bernama Siti menerusi lagu Cinta Untuk Siti yang dijangka menjadi popular.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album ini ialah Jika Tiada Cinta Tak Mengapa, Yakinlah Pertemuan Ini, Hanya Kau Saja, Perawan Sukma, Kembalilah Kasihku dan Sempurna Di Titian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.