saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/09/2001

Aishah tidak lupa pada dunia seni

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
[email protected]
KEMUNCULAN dramatis Aishah Atan dalam drama tempatan sering mendapat perhatian ramai. Namun, semenjak dua tahun lalu, Aishah jarang tampil di kaca televisyen.

Jelasnya, sejak ekonomi meleset dan tawaran berlakon berkurangan, dia beralih perhatian pada bidang perniagaan.

Dalam tempoh tersebut, Aishah berpeluang mendalami ilmu mengurut di sebuah pusat perawatan kecantikan.

Selepas berjaya mendalami ilmu mengurut, dia membuka pusat perawatan kecantikan dan andaman, Aishah Beauty Salon di Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Ujar Aishah, setakat ini, perniagaannya amat menggalakkan dan dia dibantu oleh dua orang pekerjanya.

Salon Aishah itu dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 11 pagi hingga 9 malam. Bagi yang ingin mendapat keterangan lanjut bolehlah menghubunginya di talian 019-3728888.

Walaupun sibuk dengan dunia perniagaan, Aishah tidak pernah lupa pada dunia seni. Dalam waktu terdekat ini, Aishah sibuk menjalani latihan teater Umbut Mayang Mengurai arahan Khalid Salleh.

Menceritakan mengenai peluang berlakon teater yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 26 September hingga 2 Oktober ini, Aishah berkata, dia sendiri tidak sangka dipilih untuk memegang watak salah seorang puteri bunian.

``Siapa sangka saya mendapat rezeki di bawah pokok. Waktu itu, saya sedang makan di sebuah gerai di Taman Kosas.

``Kebetulan saya nampak Khalid lalu dan saya pun angkat tangan. Walaupun saya tidak pernah bersemuka, tetapi saya kenal dia adalah pengarah dan pelakon popular.

``Dia pun angkat tangan pada saya dan lepas itu dia berhentikan kereta dan beritahu yang dia sedang mencari pelakon untuk teater arahannya. Dia suruh saya pergi uji bakat,'' ceritanya.

Dia yang tidak pernah berlakon teater itu mengakui berdebar sewaktu uji bakat kerana dalam skrip yang diberikan memerlukan pelakon menyanyi.

Aishah yang berasa gugup bila disuruh berlakon pertama kali di hadapan pengarah, memberitahu, dia rela menarik diri kerana tidak boleh menyanyi. Memandangkan bakat lakonannya memenuhi cita rasa pengarah, Aishah tetap dikekalkan dan dikecualikan daripada menyanyi.

``Bila sudah berpeluang menjalani latihan dan bergaul dengan pelakon lain, barulah saya nampak apa sebenarnya dunia teater itu.

``Teater mengajar pelakon menjadi lebih berdisiplin, sabar dan kuat semangat. Saya gembira kerana berpeluang berlakon teater yang sudah lama saya inginkan,'' ceritanya terus terang.

Sehingga kini, Aishah masih lagi menaruh harapan untuk terus berlakon drama atau filem tempatan.

Jelasnya, dia akan membahagi masa untuk perniagaan dan juga lakonan kerana ingin memastikan kedua bidang tersebut berjalan serentak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.