saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/09/2001

Rekreasi lasak pilihan The Rocks

Oleh RAMLI ABDUL KARIM
ESOK album sulung mereka akan mula diedar di pasaran sekali gus menandakan bermulanya kehidupan kumpulan ini sebagai artis yang penuh dengan cabaran, ranjau dan dugaan.

Ini juga bermakna kemampuan The Rocks mencuri tempat dan perhatian di hati peminat seni suara tanah air akan teruji.

Kumpulan ini terdiri daripada empat anak muda, tiga daripadanya berkongsi nama Khairul dan sama-sama berasal dari Klang, Selangor.

Mereka ialah Syed Khairul Syed Alam, 23, atau Syed (vokalis), Mohd. Khairul Azizi Mohd. Noor, 21, (Zie, pemain gitar) dan Hairul Azmi Abdul Khalid, 22, (Airul, pemain deram).

Seorang lagi anggota kumpulan ini ialah Herman Injau, 21, atau Mann, pemain bass yang berasal dari Sabah.

Walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian, namun mereka sentiasa memperuntukkan masa untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama.

Di luar sesi latihan di studio atau fotografi bersama media, pertunjukan pentas dan promosi, kumpulan The Rocks menjalankan aktiviti rekreasi lasak dan mencabar yang menjadi kegemaran mereka.

Bagi mereka, aktiviti lasak seperti meredah hutan, menyusur sungai dan mendaki gunung penting untuk menjaga kesihatan di samping membina semangat kental untuk bekerja dalam satu pasukan.

Menurut Syed, menerusi aktiviti seperti itu, hubungan mereka sesama anggota kumpulan bertambah erat dan saling memahami.

``Sebelum meredah hutan, kita perlu membuat perancangan rapi dan apabila melakukannya semua perlu komited terhadap peranan masing-masing.

``Ketika mendaki bukit misalnya, salah seorang perlu naik sendirian untuk mengikat tali di pangkal-pangkal pokok bagi memudahkan anggota lain memanjat,'' ujarnya.

Walaupun album kumpulan The Rocks bertajuk Selepas Bertapa berkonsep pop rock sentuhan terbaru komposer Saari Amri belum dilancarkan secara rasmi, namun nama mereka sebenarnya sudah mula dikenali.

Kumpulan ini baru-baru ini tampil dengan lagu Kembangmu Terbilang dan Pasrah (dipopularkan oleh Erra Fazira) dalam album Saari Amri Ada Lagi yang menghimpunkan lagu-lagu ciptaan Saari.

Daripada 10 lagu dalam album Selepas Bertapa, lagu Bila Permaisuriku Menangis ciptaan Fitri Amri dan Sinar Menanti ciptaan Saari Amri dijangka hits.

Kata Syed lagi, setiap aktiviti yang dilakukan di hutan atau pesisir sungai dan paya mempunyai pengajaran tersendiri.

``Sebelum membersihkan kawasan untuk memasang khemah, kami memilih tempat paling sesuai, strategik dan benar-benar selamat,'' tambah Syed.

Selalunya ketika berkhemah, Syed bertindak sebagai ketua kumpulan manakala Airul dan Mann memasang khemah sementara Zie selaku tukang masak.

``Kami berkhemah semalaman atau sehingga dua hari di hutan, jeram atau berhampiran air terjun sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

``Selepas itu kami bukan saja makin cergas dan bersemangat malah bertambah keyakinan kepada diri sendiri dan kemampuan kumpulan kami untuk mengorak langkah lebih jauh,'' celah Zie.

Bagi kumpulan The Rocks, aktiviti lasak dan mencabar menghindarkan mereka daripada terdedah kepada gejala-gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja masa kini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.