saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/09/2001

Gabriela Spanic ingin ikut jejak Jennifer Lopez

PEMINAT drama TV, La Usurpadora yang kini ke udara di Saluran Ceria Anda, ntv7 setiap hari mungkin tertarik dengan lakonan dan kejelitaan pelakon utamanya, Gabriela Spanic.

Gabriela, 28, yang berasal dari Venezuela memegang watak sebagai Paola dan Paulina dalam drama tersebut.

Drama itu memang melonjakkan nama Gabriela lantaran drama tersebut meraih perhatian di seluruh dunia.

Drama TV tersebut kini sudah diputarkan di 20 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan China.

Berlakon bukan menjadi misi utama kerjaya seni Gabriela. Dia sebaliknya menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi rock.

Setelah kerjayanya dalam bidang lakonan berjaya dia kini berharap untuk menawan dunia muzik pula.

Dia tidak pernah takut kepada persaingan sebaliknya akan berusaha menjayakan impiannya itu.

Dia juga percaya wanita Latin sepertinya mampu mencipta nama di persada seni antarabangsa baik dalam dunia lakonan mahupun nyanyian.

``Warna kulit bukan isu utama lagi dan sudah ramai wanita Latin berjaya meraih nama dan contoh terbaik adalah Jennifer Lopez,'' katanya.

Bagaimanapun keluarga masih merupakan perkara utama dalam hidup pelakon tersebut.

Apa pun, Gabriela tidak mahu terburu-buru untuk mengejar impiannya mencipta nama.

Gabriela sudah berkahwin dengan pelakon Venezuela, Miguel Leon pada 1997.

Gabriela juga mempunyai saudara kembar, Daniela dan adik perempuan, Patricia.

Sebagai pasangan kembar, Gabriela dan Daniela sering menimbulkan kekeliruan di kalangan keluarga dan rakan, malah suami Gabriela sendiri.

Mereka juga pernah mencintai lelaki yang sama tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki tersebut kerana lebih mementingkan tali persaudaraan mereka.

La Usurpadora pernah menduduki rating tertinggi di Amerika Syarikat mengalahkan drama TV terbitan Hollywood yang lain.

Nama Gabriela kini sebaris dengan pelakon Mexico lain termasuk Thalia yang pernah membintangi drama TV, Maria Mercedes.

Perkara tersebut memang memudahkan langkah Gabriela.

Gabriela pernah memegang gelaran Ratu Cantik Venezuela pada 1992. Dia mula menceburi dunia lakonan selepas itu dengan membintangi drama. Namun watak yang dipegangnya kecil sehingga dia berpeluang berlakon dalam filem La Usurpadora.

Dalam La Usurpadora (penyamar), Gabriela memegang dua watak iaitu Paula, wanita jelita yang kaya, egois dan mementingkan diri sendiri dan Paulina, pekerja kelab malam yang bijak, berbudi bahasa dan baik hati.

Dua watak tersebut cukup memberikan cabaran kepada Gabriela untuk menjayakan drama TV tersebut.

``Drama tersebut mengajar saya untuk berani mengambil risiko,'' katanya.

Tayangan drama tersebut akan berlangsung sehingga November kelak.

Dalam episod terakhir drama tersebut, Paulina akhirnya berpeluang berkahwin dengan Carlos tetapi setahun selepas perkahwinan mereka Paulina mendapati dia menghidap kanser.

Paulina yang hanya mempunyai hayat hidup selama enam bulan berusaha mencari pengganti untuk anak-anaknya dan teman kepada suaminya.

Namun pengakhiran drama tersebut masih tetap indah apabila doktor memberitahu bahawa Paulina tidak menghidap kanser seperti yang disangkakan. Sebaliknya kesalahan berlaku apabila hasil diagnosis Paulina bertukar dengan pesakit lain.

Dalam kerjaya, sudah banyak yang berjaya diraih oleh Gabriel tetapi dalam kehidupan peribadi, masih terlalu banyak yang diharapkannya.

Dia berharap untuk membina kehidupan yang bahagia di samping suaminya dan mempunyai keluarga yang besar.``Impian saya adalah untuk menjadi ibu yang baik,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.