saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/09/2001

Kathy Azian -- Lakonan bukan lagi sumber utama


Khaty Azian.


Oleh KHADIJAH IBRAHIM
WALAUPUN Khaty Azian kurang mendapat tawaran berlakon drama, dia tidak pernah rasa perit kerana ketika ini lakonan bukanlah pendapatan utamanya.

Bidang lakonan tidak lagi menjadi karier utama kerana sekarang ini Khaty telah pun mempunyai kerjaya tetap sebagai Pengurus Promosi Jualan dan Penganjuran Acara di Belina Cosmetic Sdn. Bhd.

Jawatan yang disandang membuatkan dia sentiasa sibuk dan sering ke luar daerah untuk mengadakan ceramah kepada pelanggan.

Namun begitu, lakonan tidak pernah dilupakan begitu sahaja. Bagi Khaty yang pernah popular sebagai cucu Opah sewaktu awal kemunculan siri drama tersebut, dunia lakonan tetap menjadi pilihannya.

``Sudah 18 tahun saya menceburi bidang lakonan, mana boleh tinggalkan begitu saja. Itulah bila sudah lama tidak berlakon ia jadi rindu sangat. Untuk hilangkan perasaan rindu, saya pun berlakonlah satu dua drama,'' katanya terus terang.

Khaty baru saja selesai berlakon telefilem keluaran Cineplex berjudul Tangisan Romeo yang menampilkan dia sebagai seorang pesakit jiwa.

Turut berlakon dalam drama tersebut ialah Sharifah Shahira, Zizie Ezzette dan Shajiri.

Jelas Khaty, walaupun dia muncul untuk 12 adegan sahaja, watak yang dibawa itu amat mencabar.

``Mula-mula tengok skrip saya sudah dapat rasakan watak itu menarik. Sebab itulah saya tidak kisah walaupun wataknya kecil,'' jelasnya yang juga berhasrat untuk berlakon teater.

Dia yang sering merendah diri itu bersyukur kerana walaupun sudah lama tidak berlakon namun orang ramai masih lagi mengenali dirinya.

Ekoran itulah setiap kali dia memberi ceramah mengenai produk kecantikan syarikatnya, Khaty pasti mendapat tepukan gemuruh.

Jelasnya, pengalaman sebagai pelakon banyak membantu dirinya untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya sewaktu berceramah.

``Dulu saya tidak pandai cakap di hadapan orang ramai, tetapi sejak kerja, perkara itu sudah menjadi kebiasaan. Sebenarnya, kerja saya ini pun macam berlakon juga, selalu `out station' untuk beri ceramah,'' katanya.

Dia yang berhasrat untuk menarik lebih ramai rakan artis dan orang ramai menceburi bidang perniagaan, sedia memberi segala tunjuk ajar pada yang berminat.

Kata Khaty, niatnya itu ikhlas kerana sebelum ini dia pernah mengalami keadaan yang tidak dijangka terutamanya sewaktu kegawatan ekonomi.

``Dulu masa belum gawat tidak dinafikan artis boleh hidup mewah, tetapi sekarang terpaksa bekerja keras. Itulah hasrat saya kalau berlaku lagi keadaan yang tidak diduga sekurang-kurangnya rakan artis atau orang ramai sudah bersedia,'' katanya.

Bagi yang berminat untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu keusahawanan bolehlah menghubungi Khaty Azian di talian 03-21420597.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.