saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/09/2001

Princess berbakat dalam nyanyian

Oleh Khadijah Ibrahim
Tidak seperti kebanyakan kumpulan wanita yang lain di mana anggotanya tidak mampu menyanyi dengan baik tetapi kumpulan Princess dianggotai oleh mereka mempunyai bakat menyanyi.

Ini kerana sebelum menganggotai Princess, Niky Ariffin, Syarizam Khalid (Syerry), Rafidah Mohd Razali (Fyda) dan Siti Normazwin Abd Manap (Awin), masing-masing sering menyertai pertandingan nyanyian secara solo.

Syerry, Awin dan Niky pernah menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 1997. Sementara Fyda pula dipilih menerusi uji bakat di Johor.

Namun begitu, semua anggota ini lebih berkeyakinan muncul sebagai artis berkumpulan dalam usaha untuk mengatur langkah dalam bidang seni.

Selain itu Princess juga yakin artis berkumpulan wanita mempunyai peluang yang cerah dalam bidang seni berbanding penyanyi solo wanita yang telah banyak membanjiri pasaran tempatan.

Setakat ini hanya nama-nama seperti Feminin, Elite, X'pose dan beberapa lagi kumpulan sahaja yang mampu bertahan sebelum berpecah.

Walaupun kumpulan wanita mudah mendapat perhatian, namun Princess tidak mahu menganggap itu suatu yang mudah. Sebaliknya mereka ingin membuka mata orang ramai dengan bakat yang dimiliki dan bukan dengan cerita sensasi.

Melalui cara itu sahaja, Princess yakin mereka dapat bertahan lama dan sekali gus dihormati peminat.

Ekoran itu jugalah setiap kali mengadakan persembahan Princess lebih senang mendendangkan lagu-lagu secara langsung.

Seperti yang sedia maklum kebanyakan kumpulan wanita tempatan sering mengadakan persembahan secara `miming' sewaktu di atas pentas.

Menurut Syerry, Princess beruntung kerana setiap seorang boleh menyanyi secara solo dan pernah memasuki pertandingan nyanyian. Ini adalah tiket untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini.

``Setakat ini dalam semua persembahan kami menyanyi secara langsung. Cara itu lebih mudah dari `miming','' katanya yang merupakan penyanyi sambilan sebelum menyertai Princess.

Walaupun album sulung Princess terbitan John Goha akan berada di pasaran Oktober depan, namun mereka telah lama melakukan promosi bersama artis Carrybase yang lain.

Princess tidak menganggap promosi dan publisiti meluas sebelum penerbitan album boleh menjejaskan penjualan.

``Kami berterima kasih pada syarikat kerana sudi membawa kami promosi bersama artis lain.

Pendedahan awal perlu untuk memperkenalkan Princess pada orang ramai. Setiap kali promosi kami mendendangkan lagu Sha La La dan Engkau,'' terang Fyda.

Princess akan tampil dengan album berkonsep variasi antara irama yang diperdengarkan ialah pop dance, blues, sentimental, rock dan tekno.

Sementara komposer-komposer yang menyumbangkan lagu untuk album sulung Princess selain John Goh ialah Helen Yap dan Amy UK's.

Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album pertama Princess ialah Sha La La, Sha La La Lagu Cinta Kita, Dunia, Kasih, Bebas, Kembalilah, Cinta Ini, Kau Segalanya, Selamat Tinggal Cinta dan Kerana Cinta.

Walaupun album pertama mereka belum berada di pasaran, namun Princess sudah pun membuat persiapan untuk album kedua yang bakal dirakam selepas akhir tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.