saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/09/2001

Pelancaran APSF di Bukit Jalil

MALAYSIA menjadi tuan rumah Sukan Para Asean Pertama pada 25 hingga 30 Oktober ini, selain melancarkan badan induk sukan berkenaan, Persekutuan Sukan Para Asean (APSF), dua hari sebelum temasya itu berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Pengerusi Jawatakuasa Eksekutif APSF, Zainal Abu Zarin berkata, temasya yang pertama diadakan selepas Sukan SEA ini telah dipersetujui 10 negara Asean untuk ianya diadakan di Kuala Lumpur

Katanya, temasya dua tahun sekali itu akan melibatkan hanya dua acara iaitu olahraga dan renang tetapi menyediakan 530 pingat emas untuk direbut.

Bagaimanapun katanya, negara yang menganjurkan Sukan SEA tidak semestinya akan menganjurkan Sukan Para Asean kerana ia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara itu untuk berbuat demikian.

``Di Kuala Lumpur ini, tiga kategori atlet kurang upaya akan beraksi iaitu cacat penglihatan, cacat anggota (kerusi roda dan kudung) serta spastik,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Tambah, Zainal sebanyak 700 atlet dan pegawai dari 10 negara Asean telah pun menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian dalam temasya yang pertama ini.

Selain Sukan Para Asean ini, Kuala Lumpur turut menjadi saksi pada detik bersejarah penubuhan secara rasmi APSF pada 23 Oktober ini.

Katanya, penubuhan APSF ini penting untuk mengendalikan kejohanan sukan itu serta mengiktiraf keupayaan atlet kurang upaya di rantau Asia Tenggara.

Sehubungan itu katanya, Lt. Jeneral Pisarn telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sementara APSF.

Zainal yang juga Ketua Eksekutif Majlis Paralimpik Malaysia berkata, satu sekretariat tetap APSF akan diwujudkan di Kuala Lumpur bagi memudahkan pemantauan perkembangan atlet kurang upaya di rantau ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Sukan Para Asean yang pertama ini, Zainal berkata, Malaysia mungkin tidak mensasarkan kutipan pingat emas yang banyak kerana apa yang lebih penting ialah menyaksikan temasya ini berjaya dan penubuhan rasmi APSF.

Pada temasya yang pertama di Kuala Lumpur ini juga, Kancil dipilih untuk menjadi maskot rasmi yang digelar - `Ujang'.

Sementara logo temasya menggambarkan 10 kelopak bunga yang diadaptasi dalam semangat setiakawan 10 negara Asean untuk memartabatkan imej atlet kurang upaya di rantau Asia Tenggara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.