saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/09/2001

Dua kelab semakin garang

PEMAIN Sarawak, Zulkarnain Mohd. Poasa (tengah) cuba melepasi penjaga gol Pahang, Mudzar Mohamad (kanan) sambil dikejar Azaruddin Aziz dalam aksi bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sarawak, Kuching, semalam. Kedua-dua pasukan seri 1-1. - Gambar ZULAZHAR SHEBLEE.


DUA pasukan kelab, NS Chempaka dan Johor FC melakar kejutan tetapi berita gembira buat Perak dan Pulau Pinang yang berpesta gol di gelanggang sendiri dalam aksi bola sepak Piala Malaysia, semalam.

NS Chempaka kali ini mengaibkan Kelantan dengan kemenangan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam untuk muncul pendahulu Kumpulan B.

Selepas mengejutkan Sarawak 4-0 di Kuching Sabtu lalu, NS Chempaka jelas memperlihatkan kegagahannya walaupun jaringan tunggal hadir pada minit ke-73 menerusi R. Sekar yang merembat kencang dari jarak dekat bola hantaran tinggi Saifulizam Hasim.

Johor FC pula melakar kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras menerusi jaringan Hairy Azly Mahamad minit ketiga dan Idris Karim minit ke-26. Namun, kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Johor FC di tempat ketiga Kumpulan A.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan berkenduri gol dengan membelasah JKR Kelantan 6-0.

Khalid Jamlus mencipta hatrik menerusi jaringan minit ke-29, 37, 67 manakala satu gol masing-masing disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin (12), Liew Kit Kong (73) dan Norizam Ali Hassan (80).

Juara liga, Pulau Pinang turut berpesta dengan membenam Sabah 5-0 di Stadium Batu Kawan.

Gol Pulau Pinang dijaringkan oleh Sutesh Sankaran Nair (33), Zailani Jaafar (41, 61), Mohd. Aiman Wong (51), Mohd. Nor Derus (90).

Selangor merampas kedudukan pendahulu Kumpulan A apabila menang selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Petaling Jaya.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Nizaruddin menyumbat masuk dua gol pada minit ke-44 (penalti) dan 75 manakala Tengku Hazman Raja Hassan menambah gol ketiga Red Giants minit ke-83.

Effendi Malek menjaringkan gol tunggal Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Dalam aksi di Stadium Sarawak, jaringan Mohd. Ali Sapiee pada minit terakhir menyelamatkan pasukan tuan rumah daripada tewas di gelanggang sendiri untuk mengikat pasukan pelawat, Pahang 1-1.

Pahang membuka jaringan pada minit ke-61 menerusi Ahmad Shahruddin Rosdi.

Di Stadium Utama, Kangar, Perlis dan JKR Kedah berkongsi satu mata apabila perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Terengganu terus mengungguli Kumpulan D apabila mengumpul sembilan mata maksimum selepas menewaskan TNB Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Hairuddin Omar (21), Sapian Wahid (48) dan Rosdi Talib (87) manakala gol tunggal TNB dihasilkan Rosli Ismail (59).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.