saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/10/2001

Rakam album: Bozz tidak tergesa-gesa

Walaupun pada peringkat awal kumpulan Bozz sudah mendapat tawaran menjadi artis rakaman, namun kesempatan itu ditolak kerana mereka belum yakin dengan kemampuan diri.

Bagi kumpulan Bozz yang dianggotai oleh lima anak muda dari Seremban, Negeri Sembilan itu adalah lebih baik melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menjalani rakaman album.

Kumpulan ini dianggotai oleh Hafeiz Kamar Adam (gitar), Raja Mohd Sham Raja Saari (gitar), Rizal Abdul Razak (drum), Mohamad Rizlan Gimas (bass) dan Fairuz Abu Kassim (penyanyi).

Biar pun terpaksa menolak tawaran merakamkan lagu tetapi mereka tidak pernah kesal kerana terpaksa menunggu lebih lama untuk muncul dengan album sulung.

Selain ingin memperlengkapkan diri dengan pengalaman, kumpulan ini juga berhati-hati memilih syarikat rakaman. Ini kerana Bozz tidak mahu tampil sebagai kumpulan yang terlalu mengikut kehendak syarikat rakaman.

Menurut Fairuz, mereka lebih senang mengenengahkan konsep mengikut cita rasa sendiri kerana cara itu membuatkan mereka lebih bersemangat.

``Kami bukan sengaja menolak beberapa tawaran tapi kami ingin menampilkan muzik tersendiri dan bukan yang ditentukan oleh syarikat rakaman,'' ujarnya.

Bozz kemudian menerima tawaran Warner Music kerana syarikat itu memberi peluang kepada mereka untuk mengutarakan idea sendiri.

``Kami mahu menentukan konsep muzik sendiri,'' jelasnya yang mendapat pendidikan di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan juga pernah menjadi penyanyi latar untuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Akhirnya Bozz berjaya tampil dengan album sulung berjudul Bozz yang diterbitkan oleh Anuar Razak dan Ajai. Album itu telah berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Album yang berkonsep progresif pop rock itu diharap dapat menarik pendengar dengan muzik Melayu yang lebih progresif.

Menurut Raja Mohd Sham seorang lulusan jurusan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), hasrat mereka itu mungkin keterlaluan tapi pada dasarnya mereka ingin menjadikan impian tersebut sebagai satu kenyataan.

``Pendengar tempatan sudah dapat menerima irama baru. Melihatkan pada reaksi itu, kami yakin perubahan yang dilakukan oleh Bozz untuk album ini dapat diterima,'' kata Sham yang menganggap album ini sebagai album percubaan.

Bozz yang menaruh harapan pada lagu Di Mana yang juga single pertama itu berharap usaha mereka itu akan mendapat sokongan ramai.

Kumpulan ini tidak berani menaruh harapan tinggi tapi berharap kekuatan Bozz terletak pada melodi lagu yang merdu dan susunan muzik yang menarik itu menjadi aset mereka.

Bagi membuktikan bahawa Bozz sudah benar-benar bersedia menempuh dugaan dalam bidang seni, mereka bercadang mengadakan persembahan di kelab-kelab seluruh Malaysia.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Bozz ialah Sesalan, Kau Idolaku, Sendiri, Irama Kita, Mencari, Inspirasi, Memori, Salju Kasih dan Bidadari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.