saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/10/2001

Sultan Brunei dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM

SULTAN Ahmad Shah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Sultan Hassanal Bolkiah di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis konvokesyen khas UIAM, di Gombak dekat sini, hari ini.

Ketua Perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, majlis penganugerahan itu mengesahkan lagi hubungan `kekeluargaan' di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Menurut baginda, sebagai sebuah universiti Islam, UIAM selalu berusaha mengekalkan hubungan erat di antara kedua-dua negara.

``UIAM turut menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan negara Islam lain di seluruh dunia,'' titah baginda pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid dan Rektor UIAM, Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan.

Sultan Hassanal Bolkiah dilahirkan pada 15 Julai 1946 dan mendapat pendidikan awal di Brunei dan Malaysia, sebelum meneruskan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Baginda menaiki takhta pada 1 Ogos 1968 bagi menggantikan ayahandanya, Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien sekali gus menjadi Sultan Brunei yang ke-29.

Sultan Ahmad juga bertitah, Sultan Hassanal Bolkiah terkenal kerana peranannya dalam proses pemodenan negaranya.

Titah baginda lagi, di peringkat antarabangsa pula, Sultan Hassanal Bolkiah mengambil inisiatif memperkenalkan program antarabangsa Pengajian Tamadun Islam di Pusat Oxford yang bermatlamat untuk menggalakkan hubungan antarabangsa berdasarkan persefahaman, hormat menghormati dan kerjasama di antara satu sama lain.

``Beta percaya penganugerahan ijazah kehormat ini bukan sekadar mengiktiraf sumbangan Sultan Hassanal Bolkiah dalam memelihara keutuhan Islam dan pembangunan rohaniah serta intelektual Muslim tetapi juga berperanan merapatkan hubungan `kekeluargaan' di antara UIAM dan Brunei Darussalam,'' titah baginda.

Sementara itu, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, anugerah ijazah kehormat yang diterima baginda bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk seluruh rakyat Brunei.

Baginda juga berharap jalinan kerjasama di antara Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan UIAM yang telah lama wujud akan menjadi lebih kukuh.

Sempena majlis itu juga, memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pendidikan di antara UIAM dan UBD diadakan.

Antara kerjasama yang akan diadakan ialah pertukaran tenaga pengajar, penyelidikan bersama, bertukar-tukar bahan perpustakaan dan membekalkan bahan dan peralatan untuk tujuan penyelidikan.

UIAM diwakili oleh Dr. Mohd. Kamal dan UBD oleh Naib Canselornya, Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.