saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 04/10/2001

UEM: Halim Saad, lapan pengarah letak jawatan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Renong Bhd. (Renong) hari ini mengumumkan perletakan jawatan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Halim Saad, 47 bersama lapan ahli lembaga pengarahnya berikutan pengambilalihan United Engineers (Malaysia) Bhd. (UEM) oleh Syarikat Danasaham Sdn. Bhd. (Danasaham).

Lapan pengarah yang terbabit adalah Tan Sri Abu Talib Othman, 62; Tun Mohammed Hanif Omar, 62; Tan Sri Radin Soenarno Al-haj, 69; Datuk Shamsir Omar, 67, Datuk Abdullah Mohd. Yusof, 62; Syed Zaid Syed Jaffar Albar, 47; Michael Lim Hee Kiang, 53 dan Lee Siew Choong, 59.

Kesemua peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Renong dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, para pengarah tersebut telah membuat tawaran melepaskan jawatan masing-masing untuk memudahkan pembentukan semula sebuah lembaga pengarah baru yang akan dilantik dalam masa terdekat.

Hanya dua pengarah yang masih kekal di dalam lembaga pengarah Renong iaitu Datuk Dr. Ramli Mohamad, 46 dan Pengarah Urusan Kumpulan, Ahmad Pardas Senin, 48.

Danasaham yang mengambil alih UEM melalui tawaran am sukarela bersyarat kini merupakan pemegang saham terbesar Renong oleh sebab pemilikan 31 peratus kepentingan Renong yang dimiliki oleh UEM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.