saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 05/10/2001

Pas gagal bawa angin pembangunan di Terengganu

Saudara Pengarang,
SELEPAS hampir dua tahun memegang tampuk pemerintahan, nampaknya Pas Terengganu mengikut jejak kegagalan Pas Kelantan. Tiada rancangan untuk membaiki taraf hidup rakyat. Kalaupun ada projek pembangunan yang berjalan, ia adalah projek Kerajaan Persekutuan.

Kita faham kekurangan sumber kewangan menjadi punca segala-galanya. Namun kita cukup kecewa melihat tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan alternatif untuk memajukan negeri. Kenapa tiada perundingan dengan mana-mana institusi kewangan dalam atau luar negara bagi membiayai projek-projek untuk kebaikan rakyat jelata?

Sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum 1999, Pas tanpa berfikir panjang terus merobohkan pondok tol di Jambatan Sultan Mahmud. Barangkali mereka lupa bahawa yang dikenakan tol hanyalah pemilik kenderaan seperti kereta yang kebanyakannya berpendapatan sederhana dan tinggi termasuklah para pegawai kerajaan. Mereka ini lebih daripada mampu untuk membayar tol berjumlah 50 sen. Andainya tidak dimansuhkan, tentulah banyak perkara boleh dibuat dengan hasil kutipan tersebut.

Barangkali juga ketika itu pemimpin Pas dibuai mimpi betapa banyaknya duit minyak yang akan diterima dari Petronas. Apalah sangat beberapa juta kutipan tol dalam setahun. Saya percaya kini mereka tentunya menyesal tak sudah. Inilah akibat apabila dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

Sistem pengangkutan awam kini amat buruk. Perjalanan seringkali tidak mengikut jadual. Di sesetengah tempat tiada perkhidmatan bas awam pada hari Jumaat. Yang bermaharajalela kini adalah pengusaha-pengusaha teksi haram. Mereka ini, ramai berkopiah dan berserban mengenakan bayaran yang teramat tinggi terutamanya kepada para pelawat luar Terengganu. Kopiah hanya alat untuk mengelakkan diri daripada tindakan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan.

Setiap hari silalah ke benteng berhampiran Perhentian Bas Tanjung. Berderet-deret kaum lelaki tua dan muda melepak sambil bermain dam. Demikian juga di tepi-tepi jalan seluruh Terengganu, setiap waktu kedai kopi dan pondok menunggu bas dihuni oleh penduduk yang menganggur. Di Perhentian Bas Kuala Terengganu, begitu ramai murid-murid berpakaian sekolah termasuk yang bersongkok dan kopiah bebas merokok tanpa merasa takut dengan pihak berkuasa.

Banyak usahawan dan ahli perniagaan Terengganu yang kini berhijrah ke Kuala Lumpur kerana kekurangan peluang di negeri sendiri. Ini termasuklah mereka yang sebelum ini sudah begitu lama bertapak di Terengganu. Malah ada yang terpaksa kembali bekerja makan gaji di Kuala Lumpur.

Apalah ertinya kerajaan yang kononnya islamik jika kuasa beli rakyatnya tersangat rendah dan tidak mampu menjana ekonomi negeri. Perniagaan yang semakin rancak dikunjungi adalah kedai pajak gadai yang berderetan di Jalan Bandar (Kampung Cina).

Tahap intelektualisme agama para pemimpin negeri boleh dipertikaikan apabila tidak mampu merangka sendiri enakmen agama Islam negeri dan terpaksa menciplak dari negeri lain yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Lebih teruk lagi apabila enggan mengakui perbuatan tersebut sebaliknya mendakwa segalanya kebetulan. Sudah terang lagi nak bersuluh.

Kunjungan para pelancong luar ke kediaman Datuk Nik Abdul Aziz di Kota Bharu yang serba sederhana sering dijadikan modal kononnya menjadi contoh model pemimpin Islam. Demikian sekali Pas cuba menyempitkan pemikiran umat Islam. Saiz rumah menjadi lambang keislaman pemimpin. Kalau begitu kenapa tidak dibawa para pelawat kepada rumah para pemimpin Pas lain termasuk di Terengganu seperti Haji Mustafa Ali atau Wan Mutalib Embung?

Bagaimana pula dengan rumah majoriti rakyat biasa di Terengganu dan Kelantan yang jauh lebih sederhana dibandingkan dengan rumah `sederhana' Nik Aziz?

Kalau betul gambaran yang diberi Pas bahawa semakin buruk rumah maka semakin tebal keislaman individu itu, bermakna keimanan majoriti rakyat kedua-dua negeri jauh lebih mendalam dari Mursyidul Am Pas sendiri.

Agak menarik juga apabila kerajaan Pas Terengganu menyaman Kerajaan Pusat mengenai isu wang minyak yang dibekukan. Kenapa tidak ke mahkamah mengenai beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan undang-undang Islam terutamanya hudud di Terengganu?

Bukankah isu-isu itu yang diusung ke seluruh pelosok negara dan menjadi modal ceramah dan memberikan kemenangan Pas di Terengganu dan Kelantan? Nampaknya apabila menang barulah Pas sedar bahawa tanpa kekuatan ekonomi, segala benda terbengkalai.

Lalu tajuk ceramah-ceramah Pas selepas itu kita perhatikan bukan lagi mengenai Islam sebaliknya mengenai duit, duit dan duit.

Kini kebenaran mengadakan ceramah umum politik dibekukan untuk sementara berkuat kuasa di seluruh negara. Kalau dahulunya jadual mereka dipenuhi dengan jemputan ceramah seluruh negara, kini tentunya mereka mempunyai banyak masa terluang.

Ini adalah masanya untuk berfikir secara serius bagaimana hendak melaksanakan amanah yang diserahkan oleh rakyat Terengganu kepada pimpinan Pas negeri. Bukan pemimpin Barisan Nasional sahaja yang akan dipersoalkan kepimpinannya di akhirat kelak. Jangan ingat hanya kerana kita pemimpin Pas maka kita akan terselamat dari disoal jawab. - WARGA LOSONG DATU AMAR, Kuala Terengganu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.