saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/10/2001

Petua memelihara ikan hiasan

Sehari Sebuah Buku
Judul: Penyediaan dan Penjagaan Akuarium Tropika
Penulis: Nazila Sham
Penerbit: Green Zone Aquatic Supply
Harga: RM20
MEMELIHARA ikan hiasan di dalam akuarium merupakan hobi yang semakin mendapat perhatian dan bilangan peminat juga telah meningkat. Namun sering kali pemelihara ikan hiasan merungut mengenai masalah penjagaan akuarium.

Buku ini mengandungi panduan asas penyediaan dan penjagaan akuarium tropika yang dijelaskan secara terperinci. Penyediaan akuarium bermula dengan memilih reka bentuk dan lokasi yang bersesuaian.

Tujuh jenis sistem penapisan berserta gambar rajah dihuraikan dengan jelas merangkumi kesesuaian, penggunaan dan cara ia berfungsi. Bahan hiasan yang bersesuaian dengan jenis ikan hiasan yang akan dipelihara seperti pasir, batu, kayu dan tumbuhan akuatik hidup turut dibincangkan di dalam buku ini.

Langkah-langkah penyediaan akuarium diterangkan dengan jelas bersama gambar rajah untuk kefahaman pembaca dan seterusnya memudahkan pembaca mempraktikkannya.

Petua penjagaan akuarium seperti penjagaan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik, amalan pemakanan yang sihat dan pembajaan tumbuhan akuatik turut dijelaskan. Untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada peminat hobi ini, diterangkan juga prinsip memilih ikan dengan memerhati anggota badan ikan hiasan seperti cara anggota badan bekerja, jenis makanan dan tabiat kehidupan ikan.

Buku ini adalah pengalaman penulis yang sudah berkecimpung dalam perniagaan ikan hiasan sejak lebih sepuluh tahun. Semua idea berdasarkan pengalaman dan perkongsian idea dengan peminat hobi yang lain. Penerangan, petua dan langkah penyediaan dan penjagaan akuarium adalah bersesuaian dengan keadaan dan cuaca di negara kita. - NOOR AZILA ABDUL RAZAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.