saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2001

Ziana beri syarat kepada BMG

ZIANA ZAIN.


Oleh: ROSLI MANAH
Ziana Zain antara penyanyi popular dan terbaik bernaung di bawah syarikat rakaman label antarabangsa, BMG Music. Biar pun karier nyanyian Ziana dikatakan menonjol semasa menjadi artis BMG Music tetapi syarikat rakaman itu juga dianggap teguh apabila memiliki penyanyi-penyanyi popular termasuk Ziana.

BMG Music pernah mencatat nama sebagai syarikat rakaman yang paling banyak penyanyi popular. Tetapi kini BMG Music telah mengecilkan operasi termasuk unit promosinya.

Ziana yang kini telah tamat kontrak sebagai artis BMG Music masih belum membuat keputusan sama ada menyambung kontrak dengan syarikat itu atau memilih syarikat rakaman lain.

Tentunya melihat saiz artis tempatan di BMG Music yang semakin kecil, Ziana pasti berfikir semasak-masaknya untuk terus bersama syarikat itu atau melebarkan sayap di syarikat lain.

Dengan nama dan karisma sebagai penyanyi sebelum ini, Ziana tentunya tidak terlalu sukar untuk hinggap di mana-mana syarikat rakaman berbanding penyanyi lain yang baru bertapak di dunia nyanyian.

Difahamkan pihak pengurusan Ziana telah menghantar kertas cadangan yang menyenaraikan beberapa permintaan sebagai syarat untuk terus bersama BMG Music.

Tetapi menurut Ziana yang ditemui minggu lalu, BMG Music masih belum memberi jawapan sama ada menerima syarat itu atau sebaliknya.

``Saya tidak mahu tergesa-gesa memilih syarikat rakaman. Berilah sedikit masa untuk berfikir dan membuat keputusan yang sebaiknya,'' kata Ziana.

Walau pun telah tamat kontrak sebagai artis BMG Music, tetapi Ziana tetap aktif memenuhi undangan mengadakan persembahan promosi mengikut perancangan pihak pengurusannya.

Pengurusnya Lisa Aryanti berkata, dia harus menimbang tawaran yang dianggap setimpal dengan pencapaian Ziana dalam kariernya pada masa kini.

``Ziana telah sepuluh tahun dalam bidang muzik dan kami mengharapkan sesuatu yang setimpal dengan kebolehannya,'' tegas Lisa lagi.

Sebagai pengurus yang mengendalikan jadual Ziana, Lisa tetap mengambil kira peranan penyanyi itu sebagai ibu dan isteri.

Malah Lisa turut mengambil kira jadual tugas suami Ziana untuk memenuhi undangan mengadakan persembahan atau promosi.

Dalam senarai penyanyi wanita ketika ini, Ziana masih berada di tangga teratas, popularitinya sukar digugat oleh penyanyi-penyanyi baru yang muncul selepasnya. Ini kerana selain popular sebagai penyanyi, Ziana juga mencipta populariti sebagai pelakon menerusi filem Maria Mariana, Maria Mariana 2 dan Merah.

Sementara itu pada ulang tahun keputeraan Yang Dipertuan Negeri Melaka, Tun Syed Ahmad Alhaj ke 76 Sabtu lalu, Ziana telah dianugerah Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Ziana yang berasal dari Melaka itu terpilih kerana sumbangannya dalam bidang hiburan. Dia menganggap anugerah itu sebagai satu pengiktirafan kepada golongan artis seluruhnya.

``Saya menghargai anugerah tersebut dan akan terus berjuang dalam bidang seni,'' katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini Ziana telah menerima anugerah sebagai Tokoh Budaya Selangor kerana kejayaannya dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.