saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/10/2001

100 artis sertai pertandingan memancing di UPM 11 Nov.

BANGI 19 Okt. - Kira-kira 100 orang artis popular tempatan akan menyertai lebih 1,000 pemancing dalam pertandingan `Jom Memancing Bersama Artis' di Kolam Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 11 November ini.

Pertandingan anjuran NHF Productions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Kumpulan Utusan selaku media rasmi ini terbahagi kepada kategori dewasa, terbuka dan kanak-kanak.

Jurucakap penganjur, Along Ibza berkata, hadiah adalah untuk ikan terberat bagi kategori terbuka dan ikan terbanyak bagi kategori kanak-kanak.

``Ia akan berlangsung selama lima jam bermula 8 pagi di kolam pertandingan UPM yang memang terkenal di kalangan kaki pancing di Lembah Klang dan seluruh negara,'' katanya sempena acara pelepasan ikan di kolam UPM, di sini, hari ini.

Majlis pelepasan ikan itu turut disertai Zaidi Omar, Idris Mat Diah, Mat Over, Den Wahab, Zaidi Omar, Ebbyyus Rashid dan Mawarid Zamzam.

Katanya, hadiah ialah hamper, piala dan wang tunai juara sehingga RM2,000 selain beberapa hadiah misteri. Beberapa acara menarik turut diadakan termasuk jualan pelbagai barangan dari 28 gerai dan pertandingan sukan rakyat, tambah Along.

Sementara itu, Penyelia Kolam UPM, Kasmugi Misdon berkata, lima kolam yang akan digunakan pada hari pertandingan nanti mengandungi 20 spesies ikan dengan yang terberat sehingga 30 kilogram.

``Antaranya tongsan sisik kasar, tongsan sisik halus, lee koh, rohu, siakap, patin, pacu, bawal merah, baung, keli afrika, lampam jawa, temoleh, jelawat, haruan, tilapia dan tapah,'' jelasnya.

Dalam pada itu, artis terkenal Zaidi Omar berharap pertandingan itu akan memberi peluang bagi artis bersua dengan peminat secara dekat sambil berkongsi hobi.

``Saya secara peribadi menyediakan satu hadiah misteri kepada peserta pertandingan ini, ia sangat istimewa kerana saya sentiasa membawanya ke mana-mana saya pergi,'' ujarnya.

Artis lain, Ebbyyus Rashid selaku Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi Seniman berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan acara seumpama itu kerana ia merupakan salah satu cara untuk golongan artis menyumbang kepada masyarakat.

``Masyarakat secara keseluruhan kerap beranggapan bahawa golongan artis adalah sukar didekati dan penglibatan kami dalam pertandingan ini sebagai hadiah kepada peminat kami,'' jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman Yasin (Mat Over) yang akan turut menyertai pertandingan Jom Memancing Bersama Artis itu nanti berkata, kemenangan bukanlah perkara utama bagi golongan artis tetapi penglibatan untuk memeriahkan acara tersebut.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan berkenaan boleh hubungi talian 03-2543322/03-2557221 (Pejabat NHF Productions) atau 012-3190991 (Along) untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.