saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/10/2001

Kesan penerokaan Odyssey ke Marikh

Oleh Norul Ridzuan Zakaria
PESAWAT angkasa NASA (Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika) Mars Odyssey dijangka sampai di planet Marikh pada 23 Oktober ini. Pesawat ini membawa 3 instrumen penyelidikan utama, iaitu Themis, GRS dan Marrie. Instrumen-instrumen ini akan digunakan bagi menjalankan penyelidikan ke atas planet Marikh.

Themis (Thermal Emission Imaging System) atau Sistem Imej Pancaran Therma adalah instrumen khas untuk mengetahui taburan mineral di permulaan planet Marikh berdasarkan kajian ke atas spektrum boleh lihat dan instrumen. Pada waktu siang, permukaan Marikh dipanaskan oleh cahaya matahari. Pada waktu malam pula, mineral-mineral yang terdapat di permukaan planet itu membebaskan semula haba yang berasal dari matahari. Haba ini dibebaskan dalam gelombang.

Gelombang haba yang dibebaskan mempunyai spektrum. Mineral yang berbeza membebaskan spektrum haba yang berbeza. Spektrum ini boleh dikesan dan dianalisis oleh Themis, mineral-mineral seperti karbonat, silikat, hidroksida, sulfat, siliks hidrotherma, oksida dan fosfat menunjukkan warna yang berbeza dalam spektrum inframerah. Berdasarkan fakta ini Themis akan merumuskan jumlah dan corak taburan mineral-mineral ini di permukaan Marikh.

GRS (Gamma Ray Spectrometer) atau Spektrometer Sinar Gamma adalah instrumen khas untuk mengukur jumlah dan taburan kira-kira 20 spesies unsur yang disenaraikan dalam jadual perkalaan unsur termasuk silikon, oksigen, ferum, magnesium, potassium, akurinium, kalsium, sulfur dan karbon di permukaan planet Marikh.

Apabila terdedah kepada sinar konstrik (sinar yang mengandungi partikel bercaj dari matahari), bahan-bahan kimia di permukaan Marikh membebaskan tenaga dalam bentuk sinar gamma. GSR akan mengesan dan menganalisis sinar gamma yang dibebaskan ini bagi merumuskan jumlah dan corak taburan unsur-unsur di permukaan Marikh.

Marie (Martian Rediation Environment Experiment) atau Penyelidikan Persekitaran Radiasi Marikh adalah instrumen khas bagi memahami keadaan persekitaran di orbit dan permukaan planet Marikh. Persekitaran ini banyak dipengaruhi oleh radiasi dari angkasa terutamanya sinar kosmik.

Radiasi dari angkasa ini boleh menyebabkan kanser dan kerosakan sistem saraf utama manusia. Sebelum ini, penyelidikan ke atas persekitaran radiasi angkasa dijalankan di shuttle angkasa dan stesen angkasa.

Walau bagaimanapun penyelidikan di shuttle angkasa dan stesen angkasa ini tidak begitu lengkap kerana shuttle angkasa dan stesen angkasa dalam magnetosfera bumi. Magnetosfera bumi sebenarnya merupakan suatu perisai semula jadi yang menghalang kebanyakan radiasi angkasa sampai ke permukaan Bumi.

Marie akan menjalankan penyelidikan persekitaran angkasa yang sebenar kerana Odyssey berada di luar magnastosfera Bumi. Penyelidikan ini penting sebagai persediaan bagi angkasawan NASA untuk mendarat di Marikh pada suatu hari nanti.

Sementara itu, sekumpulan ahli ankronomi AS, Britain, Australia dan Belgium telah menemui 8 buah lagi planet ekstrasuria itu mempunyai sifat yang amat menarik di segi jisim, jarak orbit dan nilai eksentrik, yang mana magnitudnya mungkin membolehkan kewujudan kehidupan di planet-planet ini.

Planet yang pertama mengorbit bintang HD114783 mempunyai jisim yang sama nilainya dengan jisim planet Musytari, mengorbit bintangnya pada jarak purata 180 juta kilometer, dan mempunyai nilai eksentrik 0.10.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.