saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/10/2001

Putih filem animasi sasar RM10 juta

RAJA AZURA dan M. NASIR.


Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
Filem animasi kini telah berada dalam arus perdana. Animasi bukan lagi disekutukan dengan kanak-kanak seperti yang dirintis oleh Walt Disney pada zaman awal filem animasi. Di luar negara khususnya Hollywood, teknologi komputer memainkan peranan besar yang bukan saja menjimatkan masa malah menyuntik elemen-elemen artistik pada visual filem berkenaan.

Tetapi dalam dunia perfileman tempatan, animasi satu genre baru yang menuntut kepakaran tenaga manusia dan teknologinya sekaligus.

Setakat ini perfileman tempatan telah melahirkan filem Silat Legenda arahan Hassan Mutalib dan kini menyusul filem animasi Putih arahan Rashid Sibir.

Putih yang diadaptasi dari cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah adalah kesinambungan yang baik bagi perfileman tempatan.

Fine Animation (M) Sdn. Bhd anak syarikat milik Eurofine (M) Sdn. Bhd melihat jauh terhadap potensi filem animasi dari Malaysia di pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama mengambil risiko yang besar untuk mengalih perhatian peminat tempatan kepada animasi yang akan ditayangkan pada 25 Oktober ini.

Putih yang menelan belanja lebih daripada RM2.5 juta itu diyakini akan dapat mengaut pulangan sebanyak RM10 juta.

Penerbit eksekutif filem ini, Khadijah Yusof berkata, sasaran Putih bukan sekadar tayangan di dalam negara malah telah melebarkan jaringan pemasaran di peringkat antarabangsa.

Buktinya setakat ini sebuah syarikat pengedar filem antarabangsa berhasrat membeli filem animasi ini. Faktor inilah yang menyakinkan Fine Animation meletakkan sasaran pulangan RM10 juta daripada filem ini.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon (suara) yang popular seperti Erra Fazira untuk watak Putih dan M. Nasir pula untuk watak Putera Aftus. Pelakon lain yang terbabit dalam filem animasi ini ialah Wan Maimunah, Raja Azura dan Jalaluddin Hassan.

Kata Khadijah, berdasarkan pengalaman menerbitkan dan memasarkan beberapa siri animasi untuk TV seperti Yookies dan Frootess sejak lima tahun lalu, pihaknya yakin filem Putih mampu memberi pulangan yang lumayan.

``Setiap kali melakukan sesuatu perkara kita optimis tentang apa yang disasarkan. Setakat ini kami bercadang untuk memasarkan Putih di beberapa negara seperti Singapura, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan,'' ujar Khadijah.

Dia mengakui, matlamat sebenarnya adalah untuk membawa Putih menembusi pasaran antarabangsa yang sebelum ini didominasi oleh animasi dari Hollywood dan Jepun. Animasi Yookies dan Frootes yang diminati oleh oleh penonton negara luar menjadi landasan kukuh untuk disusuli dengan Putih.

Menurut Khadijah, Putih boleh menarik perhatian dunia kerana jalan cerita yang ditampilkan begitu unik. Malahan masyarakat luar amat berminat untuk mengetahui kisah rakyat negara lain.

Pembikinan filem ini juga wajar dibanggakan kerana menggunakan sepenuhnya tenaga dan kepakaran teknikal tempatan dari penghasilan skrip, gambaran cerita (storyboard) hinggalah ke proses memindah ke format 35 milimeter.

Sebanyak 60 orang animator terlatih telah memberi komitmen yang padu untuk menjayakan filem Putih.

Kata Khadijah, segala kemudahan studio yang ada di Nilai dan Muar adalah setanding dengan apa yang terdapat di studio animasi luar negara.

Sementara itu penerbit filem ini, Ida Rahayu Md. Noor yang telah lapan tahun berkecimpung dalam bidang penerbitan berkata, kelainan yang ditampilkan dalam sesuatu filem adalah daya tarik untuk masyarakat luar mengenali budaya tempatan.

Kata Ida, kebanyakan filem animasi yang menampilkan cerita rakyat sering mendapat tempat di hati peminat luar negara seperti cerita legenda rakyat China, Mulan.

Menurutnya, semasa dalam pembikinan lagi Putih telah ada pembeli yang berminat untuk membeli filem ini yang bukan saja cerita yang unik malah lakaran, ciri-ciri tradisi serta muzik latar yang diciptakan oleh M. Nasir.

``Semasa dalam pembikinan lagi dua orang pembeli dari dua negara telah datang dan melihat cara pembikinan filem Putih. Mereka berminat untuk membeli dan tawaran yang diberi waktu itu memang memuaskan hati kami,'' jelas Ida.

Berdasarkan itu selepas pembikinan filem Putih, pihaknya bercadang untuk menghasilkan filem animasi Puteri Ledang pula. Puteri Ledang akan mula dibuat gambaran cerita pada akhir hujung tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.