saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/10/2001

Sukan Para ASEAN dipinggirkan

Bicara Tekong oleh Ainol Amriz
SUKAN Para ASEAN Pertama yang berlangsung di Stadium Nasional dan Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil berakhir hari ini dan sebelah malamnya upacara penutup akan disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman di Stadium Putra.

Walaupun, ia dilangsungkan buat pertama kalinya di peringkat Asia Tenggara ini dan Malaysia sebagai tuan rumah temasya dwitahunan itu, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), harus diberikan ucapan syabas di atas usaha murni ini bagi melonjak maruah sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di rantau ini.

Namun di sebalik usaha gigih yang dijalankan oleh MPM dan kini sebuah badan induk sukan yang baru ditubuhkan - Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), tidak ramai peminat sukan yang hadir untuk memberikan sokongan di atas perjuangan yang dilakukan oleh kedua-dua badan berkenaan.

Keadaan ini ternyata memberikan sedikit rasa kecewa di kalangan atlet negara yang bertanding, lebih-lebih lagi ketika mereka merintih sokongan padu rakyat Malaysia dalam mengutip pingat yang banyak.

Bagi mereka (atlet) setiap kepayahan yang ditaburkan ketika beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi acara olahraga dan di Pusat Akuatik Nasional untuk acara renang, sebenarnya satu sumbangan yang cukup tinggi nilainya untuk Malaysia.

Tanpa tangan dan kaki, cacat penglihatan, berkerusi roda, spastik, pekak dan bisu merupakan sebahagian kehidupan mereka, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan atlet negara dalam menaikkan imej Malaysia yang berjaya pada Sukan Para ASEAN ini benar-benar mengkagumkan sesiapa sahaja yang datang melihat temasya dwitahunan ini.

Biarpun tidak ramai yang hadir, mereka adalah wira negara di pentas sukan yang sama-sama menyumbang pingat (emas, perak dan gangsa), sebagaimana ditunjukkan oleh atlet negara ketika beraksi pada Sukan SEA XXI Kuala Lumpur yang lalu.

Atlet cacat yang beraksi di Sukan Para ASEAN ini cukup komited, malahan sebutir pingat yang disumbangkan mereka itu tidak mungkin sama nilai imbuhannya yang diterima atlet lain ketika beraksi pada Sukan SEA XXI Kuala Lumpur lalu.

Apapun mereka tetap tabah dan telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai `gergasi' pesta sukan terbesar di rantau Asia Tenggara ini.

Semoga impian MPM untuk melihat atlet OKU negara beraksi di peringkat antarabangsa khususnya dalam lingkungan Rakan ASEAN serta Sukan FESPIC ke-9 pada tahun 2006, di mana Malaysia menjadi tuan rumah akan menjadi kenyataan dengan kejayaan-kejayaan yang ditunjukkan atlet paralimpik negara.

Kepada penaja, yang menyumbang kejayaan Sukan Para ASEAN ini, mereka juga harus diberikan penghargaan kerana tanpa usaha gigih itu, tidak mungkin temasya ini dapat dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Usah pinggirkan atlet kurang upaya ini kerana mereka juga merupakan penyumbang besar dalam kejayaan sukan di negara ini.

Semoga, majlis penutup temasya ini yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini akan dipenuhi peminat sukan tanah air seperti hebatnya malam penutupan Sukan SEA XXI Kuala Lumpur di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.