saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/10/2001

Atlet OKU harumkan nama negara

Oleh DALLIA DUNSTAN
KONTINJEN Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan Para ASEAN Pertama yang berakhir di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam apabila mengumpul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa secara keseluruhan.

Semalam, atlet tuan rumah mengutip 62 emas 63 perak dan 40 gangsa untuk untuk menambah kutipan 81 emas, 73 perak dan 52 gangsa pada hari kedua temasya sukan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) itu kelmarin.

Kejayaan besar kontinjen negara dibantu oleh kehebatan atlet negara di lapangan olahraga apabila muncul juara keseluruhan dengan jumlah 82-66-33 sepanjang tiga hari temasya.

Thailand mengekori skuad negara pada kedudukan keseluruhan dengan 119-65-20. Kontinjen mereka juga muncul naib juara olahraga dengan mengutip 39-13-5.

Sementara itu, lima lagi rekod olahraga Fespic berjaya dipecahkan oleh atlet negara, semalam.

Rekod pertama dipecahkan oleh Mohd. Hisham Khaironi dalam acara 200 meter kategori cacat penglihatan setelah mencatat 23.70 saat. Dia memadam rekod Fespic 24.15s milik atlet China, Zhao Hongbo.

Kejayaan itu diikuti oleh Anirawati Anuar Faizal dalam acara 400 meter spastik dengan catatan 89.60s memadamkan rekod milik Wang Yuhong dari China yang melakukan catatan satu minit 30 saat.

Rekod ketiga diperbaharui oleh Chelaman Dewi dalam acara merejam lembing kategori spastik dengan catatan 8.22 meter ketika melakukan percubaan kelima. Rekod lama 7.58m milik atlet Thailand, Pomprapa R. yang dilakukan pada Fespic di Bangkok tiga tahun lepas.

Norhana Ismail turut cemerlang dalam acara merejam lembing wanita kategori spastik dengan 16.11 meter untuk memadam rekod Kalomi Timalu (6.06m)

Dalam acara merejam lembing berkerusi roda, Fatimah Wagimin mencatat rekod 12.66 meter untuk memperbaharui rekod Tagutama Nogi Noella dari Jepun (11.74m).

Dalam sukan renang, Malaysia mengumpul 61-70-59 tetapi terpaksa mengekori Thailand yang muncul juara keseluruhan dengan jumlah 80-52-15.

Pencapaian skuad olahraga negara disifatkan oleh ketua jurulatih, G. Mohan sebagai amat membanggakan kerana anak buahnya hanya menjalani latihan pusat selama 10 hari sahaja di Uniten.

``Hanya 10 daripada 167 atlet pada skuad ini yang pernah mewakili negara pada kejohanan bertaraf dunia seperti Fespic Paralimpik tetapi sebahagian besar daripadanya belum pernah mewakili negara dalam mana-mana kejohanan luar sebelum ini.''

``Ini adalah satu pencapaian yang mengkagumkan kerana kita tidak menjangka memperoleh sebegitu banyak pingat memandangkan saingan kuat kita adalah daripada Thailand dan Myanmar,'' katanya ketika ditemui, semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.