saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/10/2001

Voravit, Theresa menang anugerah

PERENANG Thailand, Voravit Kaw Kham dan Theresa Rui Si Goh dari Singapura ditabalkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Para ASEAN Pertama 2001 yang melabuhkan tirai secara rasmi di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam, lapor SAADON JAAFAR.

Voravit mempamerkan kehebatannya dengan memecahkan rekod Persekutuan Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) dengan mencatat masa 3:11.01s dalam acara 200m gaya bebas S5 untuk meraih pingat emas.

Dia juga memenangi empat lagi pingat emas temasya menerusi acara 50m, 100m gaya bebas S5, serta 50m kuak lentang S5 dan 200m rampaian individu S5.

Theresa pula cemerlang menguasai pingat emas acara 50m dan turut memecahkan rekod Fespic dalam 100m kuak dada SB4 untuk emas keduanya.

Upacara penutup temasya semalam, disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman selepas dimulakan dengan lintas hormat para atlet negara peserta pada majlis penuh warna warni.

Ia turut menampilkan persembahan kebudayaan selain pengumuman rasmi Olahragawan dan Olahragawati temasya.

Bendera temasya diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Pengurus APSF, Lt. Gen Pisarn Wattanawongkeeree sebagai tanda berakhirnya temasya yang julung kali diadakan di peringkat ASEAN itu.

Selepas aksi di Malaysia, para atlet yang masih berpeluang akan meneruskan saingan edisi kedua temasya yang dijadualkan berlangsung di Vietnam pada 2003, mengikut format temasya dwitahunan Sukan SEA.

Temasya penuh bersejarah dan pertama kali diadakan itu juga mendapat penghormatan apabila disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records.

Kepada semua atlet, pegawai dan semua pihak yang terlibat, selamat maju jaya dan jumpa lagi di Vietnam 2003.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.