saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/11/2001

Bintang RTM - Lapan berentap di peringkat akhir


Rosmayati.


Oleh Khadijah Ibrahim
RTM meneruskan tradisi menggilap dan memberi peluang kepada bakat-bakat baru dalam nyanyian menerusi siri pertandingan nyanyian paling berprestij, Bintang RTM.

Biar pun akhir-akhir ini banyak pertandingan nyanyian diadakan serta menawarkan hadiah yang lumayan tetapi sejarah kecemerlangan hanya dipegang oleh Bintang RTM.

Sabtu ini pukul 3 petang, lapan peserta peringkat akhir Bintang RTM akan beradu nasib untuk menjulang trofi Juara Bintang RTM 2001. Pertandingan yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri itu akan disiarkan secara langsung di TV1.

Lapan peserta yang dipilih daripada 24 peserta separuh akhir ialah Amir Mahiyiddin, 18, Azharina Azhar, 16, Samihah @ Aisah Omar, 19, Siti Sarah Raisuddin, 17, Mohd. Almi Mohd. Ali, 21, Rosmayati Yaacob, 21, Farawahida Razali, 16 dan Norhasmidar Ahmad, 15.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk juara, RM2,000 tempat kedua dan RM1,000 tempat ketiga. Selain itu peserta yang memberikan persembahan terbaik menerima RM1,500 dan untuk pakaian tercantik akan menerima RM1,000.

Bintang RTM diwujudkan sejak 1972 itu telah berjaya melahirkan banyak penyanyi terkenal. Mereka bukan saja popular tetapi mempunyai kemampuan setelah merentasi kesukaran untuk merangkul gelaran Juara Bintang RTM.

Antaranya yang pernah menggilap bakat menerusi pertandingan ini ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram dan Juliza Adlizan.

Menurut penerbit Bintang RTM, Noriah Kasimin, peserta akhir mempunyai kekuatan suara yang tersendiri dan berbakat.

Noriah memberitahu, peserta hanya dibenarkan mendendangkan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan dan dalam bahasa Melayu saja.

``Kita tidak menggalakkan peserta memilih lagu Inggeris kerana mahu memartabatkan lagu-lagu ciptaan tempatan,'' jelas Noriah.

Peserta juga dilarang meniru gaya penyanyi kerana pertandingan itu mahu melahirkan penyanyi yang ada identiti sendiri dan bukan klon kepada penyanyi yang sedia ada.

Menurut Noriah, markah akan menilai dari segi suara, persembahan dan gaya oleh oleh empat juri profesional yang dipengerusikan oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Antara lagu-lagu wajib ialah Kau Lilin Cintaku, Kepadamu Kekasih, Menghitung Hari, Kembalilah Sayang, Lina, Yang Lebih Kau Cinta, Pelangi Petang dan Salam Terakhir. Peserta diberi tujuh minit untuk mendendangkan dua buah lagu dengan gaya tersendiri.

Menyentuh mengenai kekurangan peserta lelaki, Noriah berkata, daripada 1,406 peserta yang menyertai uji bakat hanya beberapa orang saja peserta lelaki.

Selain itu pertandingan itu juga boleh dijadikan landasan kepada mereka yang berbakat untuk mengatur langkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam nyanyian.

Sebenarnya Bintang RTM adalah satu daripada sumbangan besar RTM dalam dunia nyanyian dan muzik. Ini selaras dengan matlamat RTM untuk membantu menggilap dan memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi baru yang berpotensi besar.

Sementara itu artis undangan yang menghiasi acara selingan pertandingan ini ialah Ramlah Ram, Rohana Jalil, Jamal Abdillah, Syafinaz, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Fazley, Sharizan, Kelvin Lau, Hairee, Aqasha, Abon dan Sathiya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.