saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 02/11/2001

Azhar Abdul Hamid terajui Pernas

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pernas International Holdings Bhd. (Pernas) hari ini melantik Azhar Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa Rabu lalu.

Pernas dalam kenyataannya di sini berkata, Azhar, seorang akauntan profesional dan berdaftar dengan Institut Perakaunan Malaysia, memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Audit Dalaman dengan British Telecom di England pada tahun 1989.

Sekembalinya ke negara ini, beliau dilantik sebagai Ketua Kewangan, MCIS Insurance Bhd. pada Mac 1992 sebelum menyertai Sime Darby Bhd. dua tahun kemudian selaku Pengurus Kewangan Sime Tyres International dan akhirnya menjadi Pengawal Kewangan, Projet Malaysia Sdn. Bhd, ahli Sime Darby.

Pada tahun 1999, beliau telah dinamakan sebagai Pengarah Pembangunan Korporat Projet Malaysia dan pada Januari lalu, Azhar dilantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Bahagian Minyak dan Gas, Rantau Malaysia, Sime Darby.

Ketika memegang jawatan kanan itu, Azhar bertanggungjawab mengurus dan mengetuai sekumpulan syarikat yang terdiri daripada Sime Engineering, Sime Sembcorp Engineering, Sime Conoco Energy, Sime Darby Petroleum dan Projet Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.