saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/11/2001

Bintang RTM berjaya cungkil bakat berkualiti

GAYA JUARA... Azharina Azhar dengan aksi tersendiri.


Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Bintang RTM 2001 yang berakhir Sabtu lalu berjaya mencungkil bakat berkualiti peserta yang mengambil bahagian pada pertandingan akhir itu.

Lapan peserta akhir itu memperlihatkan kemampuan vokal dan gaya persembahan mereka yang cukup profesional.

Meskipun baru bertatih dalam bidang seni suara, mereka berani mengenengahkan bakat tersendiri di pentas sehingga sukar untuk meramalkan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara.

Tiada seorang pun di antara enam peserta wanita dan dua lelaki itu kelihatan gugup atau gagal memberikan persembahan terbaik.

Dengan kehebatan ini para peserta itu, Bintang RTM terus mengangkat mutu pertandingan nyanyian paling berprestij.

Bagi juara Bintang RTM 2001 ini, Azharina Azhar, pertandingan itu begitu mencabar dan menganggap kesemua peserta adalah pesaing rapatnya.

Pelajar tingkatan empat dan bersekolah di Sabah ini menyampaikan lagu Kau Lilin Cintaku dan Sinaran turut mengakui kesukarannya untuk menentukan siapa yang selayaknya menjadi juara.

``Mereka semua hebat-hebat belaka sehingga saya sendiri tidak yakin mampu bergelar juara,'' ujarnya berterus-terang.

Azharina membawa pulang wang tunai RM4000, sijil dan piala iringan.

Pelajar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian dan pengacaraan di negeri kelahirannya itu juga turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Azharina juga berasal daripada keluarga seni di mana dia juga merupakan anak saudara kepada penyanyi lagu-lagu puisi popular, Julfekar Ahmad Shah.

Penyanyi itu bakal muncul dengan album sulungnya pada tahun depan.

Meskipun Bintang RTM bukanlah pertandingan nyanyian pertama yang pernah disertainya, menurut Azharina, kemenangan kali ini membawa kesan yang amat berlainan kepada dirinya.

``Sebagai pertandingan nyanyian yang paling berprestij, saya berharap agar kemenangan ini akan membawa kelebihan kepada saya apabila muncul dengan album sendiri nanti,'' jelasnya.

Sementara itu, pemenang kedua pertandingan ini, Norhasmidar Ahmad tidak bercadang untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang nyanyian pada masa terdekat.

Walaupun dengan kemenangan ini, peluangnya untuk bergelar artis lebih luas terbuka, menurut pelajar tingkatan tiga ini, dia masih belum bersedia kerana masih menuntut.

``Saya bimbang tidak dapat membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian,'' jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Norhasmidar akan menimbangkan sebaik mungkin setiap tawaran yang akan datang selepas ini.

Remaja berasal dari Setapak, Kuala Lumpur ini membawa pulang wang tunai RM2000, sijil dan piala iringan.

Peserta yang memenangi tempat ketiga, Mohd. Almi Mohd. Ali bagaimanapun turut mengimpikan sesuatu yang positif daripada kemenangannya.

Remaja berusia 21 tahun yang memiliki vokal padu ini memilih menyampaikan lagu yang dianggap cukup sukar untuk disampaikan iaitu Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan dan Lina.

``Saya berharap langkah saya dalam bidang seni suara tidak akan terhenti setakat ini sahaja.

``Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian jika ada tawaran yang datang,'' jelasnya.

Mohd. Almi menerima hadiah wang tunai RM1000, sijil dan piala iringan.

Pada pertandingan itu juga, peserta yang membawakan lagu Yang Lebih Kau Cinta dan Diam Diam Jatuh Cinta, Rosmayati Yaacob diumumkan sebagai pemenang kategori Pakaian Terbaik.

Peserta akhir lain yang memberi saingan sengit ialah Siti Sarah Raisuddin, Amir Mahiyiddin, [email protected] Omar dan Farawahida Razali.

Pertandingan akhir ini dihoskan oleh Aznil Nawawi dan Avaa Vanja.

Antara artis jemputan yang turut memeriahkan pertandingan ini ialah Ramlah Ram, Siti Nurhaliza, Rohana Jalil, Syafinaz, Fazley, Aqasha, Shahrizan dan Dayang Nurfaizah.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.