saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/11/2001

Indonesia serah anggota KMM yang ditangkap

Oleh: TEON EG
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Anggota kumpulan militan KMM, Zid Saharani Mohamad Esa, 29, yang ditangkap oleh polis Indonesia September lalu akan dihantar pulang untuk diserahkan kepada pihak berkuasa negara ini, esok.

Menurut sumber, dia yang ditangkap bersama 12 rakyat Indonesia akan disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia berhubung dengan kegiatan KMM di negara ini.

Sharani merupakan rakan Taufik Abd. Halim yang juga ditangkap oleh polis Indonesia selepas cuba mengebom pusat membeli-belah Atrium di Jakarta pada 1 Ogos lalu.

Polis sebelum ini menyiarkan gambar Zid Saharani bersama empat orang lagi yang dikehendaki untuk menyelesaikan beberapa kes jenayah termasuk kes pembunuhan dan serangan ke atas balai polis di Kedah.

Empat orang lagi yang sedang dicari ialah ketua Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia (KMMM), Zulkifli @ Musa Abd. Hir, 35 dan Mohd. Rafi Udin, 34.

Selain itu, turut dicari ialah pendakwah bebas rakyat Indonesia, Abdus Samad Abud @ Kiai Abu Bakar Bashir, 62, dan Hambali @ Nurjaman @ Riduan Isamuddin.

Kata sumber itu, Sharani dijangka tiba di negara ini esok dengan diiringi oleh polis Indonesia.

Sharani ditangkap oleh Polis Indonesia pada pertengahan September lalu selepas selesai menjalani latihan ala tentera di Kampung Sanketi di Padenglang.

Siasatan polis Indonesia mendapati dia mengaku pernah menjadi anggota tentera jihad untuk berperang di Maluku.

Sementara itu di Ipoh, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abdin Zin berkata, polis telah membebaskan enam anggota KMM yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Katanya, keenam-enam anggota KMM itu bagaimanapun diletakkan di bawah tahanan kawasan terhad di bawah pemerhatian polis.

Beliau berkata, polis masih perlu memantau pergerakan sesetengah orang yang dibebaskan daripada ISA sama ada untuk keselamatan diri mereka sendiri dan juga negara.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butir-butir lanjut mengenai identiti anggota KMM itu dan bila mereka dibebaskan.

Mengenai pembabitan anggota KMM dalam kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Dr. Joe Fernandez pada 9 November tahun lalu, beliau berkata, polis dijangka membuat lebih banyak lagi tangkapan berhubung kes tersebut.

Katanya, salah satu sebab polis menangguhkan untuk mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah ialah kerana polis perlu mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kes itu.

``Ada tahanan-tahanan yang terpaksa kita tangguh untuk dibawa ke mahkamah kerana ada kepentingan yang perlu kita jaga termasuk untuk masa depan,'' tegasnya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Taklimat Isu Semasa anjuran Biro Penerangan UMNO Perak di Dewan Bulan Sabit Merak di sini petang ini.

Zainal berkata, polis cuma menunggu masa yang sesuai sahaja bagi menghadapkan mereka terlibat dalam kes pembunuhan itu ke mahkamah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.