saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/11/2001

Siti mara Noraniza kecundang

Dua belas buah lagu layak ke pertandingan Juara Lagu 2001 yang akan diadakan Disember depan setelah melalui saringan peringkat separuh akhir yang berakhir Rabu lalu.

Bekas pemenang persembahan terbaik Juara Lagu tiga kali berturut-turut Noraniza Idris gagal meneruskan saingan apabila lagu nyanyiannya Manira yang dipertandingkan dalam kategori etnik kreatif tidak terpilih.

Pemegang rekod Malaysia sebagai penyanyi paling banyak menerima anugerah, Siti Nurhaliza meneruskan tradisi di pertandingan Juara Lagu dalam tiga kategori.

Lagu nyanyian Siti Nurhaliza akan dipertandingkan dalam kategori balada menerusi lagu Percayalah ciptaan Ajai dan Engkau Bagaikan Permata dalam kategori pop rock.

Dia juga akan mempertaruhkan lagu Pak Ngah berjudul Ya Maulai dalam kategori etnik kreatif.

Penyanyi yang disebut-sebut bakal menggegar dunia hiburan tahun 2002, Dayang Nurfaizah dan Nora pula akan bertanding dua buah lagu.

Dayang akan menyanyikan sebuah lagi lagu ciptaan Ajai berjudul Seandainya Masih Ada Cinta dalam kategori balada dan Bahagia untuk kategori pop rock.

Nora pula mempertaruhkan lagu balada ciptaan Azlan Abu Hassan, Menyemai Cinta Bersamamu dan lagu ciptaan suaminya Johan Nawawi, Desa Tercinta dalam kategori etnik kreatif.

Selain lagu Ya Maulai yang berkonsep irama padang pasir dua buah lagi lagu yang cenderung kepada irama itu turut layak bertanding kategori etnik kreatif.

M. Nasir dan Yassin masing-masing mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri berjudul Raikan Cinta dan Mimpi Laila.

Sebuah lagu lagu yang bertanding kategori balada ialah ciptaan Azmeer berjudul Andainya Aku Bersuara nyanyian Liza Hanim.

Kategori pop rock menampilkan lagu Maafkanlah (Ajai/Nurul) dan Marilah Maria oleh kumpulan Def-Gab-C.

Sebanyak 30 buah lagu bertanding di peringkat separuh akhir iaitu sepuluh lagu bagi setiap kategori.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.