saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/11/2001

Nasi padang asli Sari Ratu

Oleh RAMLI ABDUL KARIM
PENGGEMAR masakan nasi padang, sajian istimewa masyarakat Minangkabau kini tidak perlu lagi tercari-cari restoran yang menyajikannya.

Ini kerana rangkaian Restoran Sari Ratu yang terkemuka kerana keenakan sajian nasi padang di Indonesia telah pun berada di Malaysia.

Restoran itu mempunyai 14 cawangan di Jakarta dan Bali.

Syarikat pemilik restoran itu di Malaysia, Sari Ratu Prima Sdn. Bhd. baru-baru ini membuka cawangan barunya iaitu rangkaian ke-16 restoran itu di Lot T/G 2.00 di aras lobi Hotel Theme Park, Genting Highlands.

Ia merupakan cawangan kedua Sari Ratu di negara ini selepas Sari Ratu di No. 26G dan 28G, Jalan 4/76C, Desa Pandan, Kuala Lumpur yang dibuka tiga bulan lalu.

Perasmian Sari Ratu Genting Highlands disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Sari Ratu, Rama Windra Auwines dan Atace Telekomunikasi dan Pengangkutan Kedutaan Indonesia, Abadi Sastrodiyoto.

Di cawangan Genting Highlands, pemandangan luarnya amat menarik. Dari restoran itu kita dapat melihat taman istirahat untuk pengunjung taman tema itu dan juga latar belakang kawasan bukit bukau yang menghijau.

Menurut Rama Windra, dengan moto ``Persembahan Rasa, Sesuai Selera'', Sari Ratu Genting Highlands memberi jaminan kepuasan kepada para pelanggan terutama keaslian resipinya.

``Seperti yang kalian pernah rasa di Indonesia, jangan terkejut kerana cita rasa nasi padang yang sama kini terdapat di Genting Highlands dan Desa Pandan,'' katanya kepada Mingguan selepas majlis perasmian itu.

Berkunjung ke Sari Ratu, mungkin anda terbayang sedang memasuki restoran yang pernah anda kunjungi sewaktu melawat Jakarta sebelum ini.

Para pekerja sama ada penyambut tetamu, pelayan atau kerani kaunter bayaran, semuanya adalah warganegara Indonesia.

Empat orang chef di Sari Ratu Genting Highlands juga didatangkan dari Indonesia. Mereka diketuai Chef M. Shah.

Hiasan dalaman restoran dan alunan muzik yang dimainkan di restoran itu juga bertemakan identiti Minangkabau.

Dengan bayaran antara RM55 hingga RM60, anda boleh menikmati sajian sepuasnya bersama keluarga (lima orang) di Sari Ratu Genting Highlands.

Anda boleh membuat pilihan lauk-pauk daripada hampir 50 jenis masakan yang disajikan. Kebanyakan masakan utama disajikan secara hidang di atas meja.

Mengunjungi Sari Ratu, anda tentunya tidak melepaskan peluang menikmati ayam pop (ayam yang direbus dengan air kelapa), ayam gulai, ayam goreng bumbu, ayam balado, ayam kurma dan ayam rendang iaitu kemestian dalam sajian nasi padang.

Di Sari Ratu, setiap jenis masakan ayam, sama ada digoreng atau digulai, hanya menggunakan ayam kampung.

Sajian lain yang sinonim dengan nasi padang ialah dendeng, paru, gulai hati/limpa, gulai kikil (urat tunjang lembu), gulai otak, gulai kambing dan rendang daging.

Selain itu anda juga boleh menikmati enam jenis masakan ikan di samping sayur nangka gulai, pucuk ubi rebus, sayur bayam, terung, acar dan gado-gado.

Ingat! Jangan terlupa memesan sambal hijau/merah (cili goreng campur petai), sambal goreng hati dan goreng teri (ikan bilis) sebagai penambah selera makan.

Banyak lagi sajian termasuk pergedel, em- ping atau keropok kulit lembu, sate padang, sup ekor, sup ayam dan lain-lain.

Sambil menikmati keenakan sajian nasi padang, anda boleh mencuba `es teler' atau `teler ais' iaitu minuman istimewa seakan-akan air batu campur yang mengandungi buah nangka, kelapa muda dan avocado.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Sari Ratu di talian 03-2111118 sambungan 7872 (Genting Highlands) atau 03-92858811 (Desa Pandan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.