saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/11/2001

Lagi Lagi Senario tayangan Hari Raya

Oleh ROSLI MANAH
Filem yang melibatkan kumpulan lawak slapstik, Senario, Lagi Lagi Senario akan menemui penonton tidak lama lagi. Sebagai filem yang melibatkan kumpulan yang popular, Lagi Lagi Senario mempunyai masa depan yang cerah untuk mencatatkan kutipan yang besar.

Sebelum ini Senario muncul dalam filem Senario The Movie dan Senario Lagi. Biar pun kutipan yang agak besar tetapi kedua-dua filem itu dilihat kurang menyumbang ke arah peningkatan mutu filem-filem tempatan.

Sementara itu pengarah ketiga-tiga filem ini, Aziz M. Osman menganggap mengarah filem yang melibatkan Senario ada banyak kelebihan kerana tidak terikat dengan filem yang sebelumnya.

Aziz yang dikagumi seketika semasa menghasilkan filem Fenomena berkata, Lagi Lagi Senario bukanlah sambungan Senario-The Movie atau Senario Lagi kerana ia menampilkan kumpulan itu dalam watak yang berbeza.

Menurut Aziz, filem ketiga melibatkan kumpulan Senario itu sebagai sebuah filem yang lebih matang berbanding dua filem terdahulu.

Walau pun tafsiran baru terhadap filem bukanlah menjadi pembawa mesej, sebaliknya satu nilai pemikiran tetapi Aziz berkata, mesej yang cuba disampaikannya di dalam filem yang mengambil kisah peniaga warung.

Aziz mengakui bahawa dia menghasilkan filem itu dengan menekankan nilai-nilai hiburan kerana mahu mengajak penonton ke panggung.

``Sekiranya penonton dapat merasai apa sahaja mesej melalui aksi dan ceritanya itu adalah satu tambahan,'' kata Aziz lagi.

Saranan dalam filem ini kelihatan didaktik apabila menampilkan pentingnya perpaduan dan bersatu dalam mengharungi hidup agar tidak dimusnahkan oleh pihak luar.

Lagi Lagi Senario mengisahkan seorang peniaga warung, Azlee yang mengalami kemerosotan apabila Mazlan menggunakan taktik kotor untuk mendapat pelanggan. Keadaannya bertambah parah apabila penebar roti canainya, Saiful bekerja di warung Mazlan yang dibina bersebelahan warungnya apabila dia menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Kejujuran Azlee dan pekerjanya Wahid akhirnya berbalas apabila warung mereka mula dikunjungi apabila Wahid bertungkus lumus belajar menebar roti canai dengan gaya yang tersendiri.

``Saya mendapat ilham menghasilkan skrip filem ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa zaman kemelesetan tidak lama dulu,'' kata Aziz.

Lagi Lagi Senario turut menampilkan Wardina dan Ani Maiyuni, Syanie, Acappan dan beberapa lagi.

Sementara itu penerbit filem ini Lazizah Ahmad berkata, salah seorang anggota Senario, Yassin yang ditahan baru-baru ini kerana dikatakan memiliki 40 botol ubat batuk tidak menjejaskan promosi filem itu.

``Yassin tidak akan terlibat dalam sebarang promosi kerana dia masih ``bercuti'' sehingga Februari depan,''kata Lazizah.

Dia juga berharap yang berlaku kepada Yassin tidak menggugat empat lagi anggota Senario lain dalam menggerakkan kerjaya mereka.

Menurut Lazizah, kekuatan Senario adalah secara berkumpulan bukannya populariti individu.

Filem Lagi Lagi Senario akan menemui penonton di seluruh negara pada hari raya ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.