saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/11/2001

Hock Kin juara


YONG Hock Kin menumpaskan pemain Thailand, Boonsak Polsana untuk menjuarai Terbuka Thailand. Hock Kin menang 7-8, 5-7, 8-6, 5-1, 5-1.


YONG Hock Kin ketinggalan dua set sebelum bangkit untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya dengan menumpaskan pemenang pingat perak Sukan SEA, Boonsak Polsana dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Stadium Nasional, Bangkok, semalam.

Pemain kidal itu, yang hanya menyertai kejohanan antarabangsa ketiganya tahun ini dan baru pulih dari kecederaan kalah pada dua set pertama 7-8, 5-7.

Pada set ketiga, bekas pemain nombor satu Malaysia itu menunjukkan kebangkitan mendadak tetapi hanya mencatat kemenangan tipis 8-6.

Namun, pengalaman Hock Kin menjadi penentu pada dua set berikutnya apabila dia hanya menyerahkan dua mata kepada Boonsak untuk menang 7-1, 7-1.

Hock Kin, 27, hanya menyertai dua kejohanan sebelum ini iaitu di Korea Selatan dan Singapura sebelum berehat panjang.

Kemenangan Hock Kin nyata begitu mengecewakan Thailand kerana Boonsak menunjukkan persembahan penuh meyakinkan sejak pusingan pertama.

Boonsak, 19, hanya melepaskan satu set dalam laluannya ke perlawanan akhir kejohanan bernilai AS$50,000 (RM190,000) ini.

Harapan kem negara untuk pulang dengan dua kemenangan bagaimanapun hampa apabila pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty dan Norashikin Amin kecundang dalam permainan empat set kepada jaguh Indonesia, Eny Erlangga-Jo Novita.

Pei Tty-Norashikin cuba memberikan tentangan apabila memenangi set kedua.

Bagaimanapun, Eny-Jo mudah menguasai dua set berikutnya untuk mencatat kemenangan 7-4, 5-7, 7-0, 7-2.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.