saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/11/2001

Abdullah lawat Terengganu esok

KUALA TERENGGANU 17 Nov. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melakukan lawatan sehari ke Terengganu pada Isnin.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Ismail Said berkata, Abdullah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 1 tengah hari sebelum mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini.

"Selepas itu, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO serentak di Bangunan UMNO negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Abdullah juga dijadual menghadiri majlis penyampaian sumbangan murid-murid cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, di sini sebelum berbuka puasa bersama rakyat di padang sekolah berkenaan.

Menurutnya, Abdullah juga akan menunaikan solat Maghrib, Isya dan tarawih di Masjid Engku Sulong, Kuala Ibai sebelum pulang pukul 10.30 malam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.