saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/11/2001

Erti cinta Maya Karin

CITA-CITA...Maya ingin bertahan lama dalam bidang seni.


Oleh: JAMLIAH ABDULLAH
``CINTA itu mendamaikan!'' kata model, pengacara dan pelakon yang baru saja bergelar penyanyi, Maya Karin. Maya, 22, artis cantik kacukan Melayu-Jerman itu ketawa besar apabila ditanya tentang persoalan cinta. Katanya, cinta adalah sesuatu yang ideal.

``Saya percaya cinta itu satu kekuatan yang membantu diri untuk berjuang dalam hidup. Ia memberi kekuatan dan tentu sekali mendamaikan hati,'' tambahnya.

Adakah anda mencintai dan dicintai pada masa ini? tanya penulis kepadanya. Pantas sekali dia menjawab, ``Oh! Tidak.''

Artis itu menafikan wujud lelaki istimewa dalam hidupnya kini seperti yang sering digosipkan sejak kebelakangan ini.

``Hati saya hanyalah untuk kerjaya baru saya ini. Tidak ada yang lain.''

Apa yang dimaksudkan oleh Maya ialah kerjaya nyanyian yang sudah lama diidam-idamkannya.

Cuma baru sekarang impian tersebut menjadi kenyataan apabila dia melancarkan album sulungnya, Erti Cinta beberapa minggu lepas.

Erti Cinta yang berkonsepkan pop dengan pelbagai irama lain termasuk R&B dan balada adalah pertaruhan pertama Maya. Single pertama Maya, Erti Cinta kini kerap ke udara melalui stesen-stesen radio tempatan.

Selain mendapat kerjasama daripada komposer terkenal seperti Azlan Abu Hassan dan Ajai, album tersebut juga menggunakan khidmat komposer dari Indonesia seperti Oddie Agam dan Reddy Noor.

Sejak album tersebut dilancarkan, Maya tidak duduk diam kerana jadualnya penuh dengan pelbagai aktiviti promosi di seluruh negara.

Agenda itu akan berterusan sehingga bulan Syawal tanpa henti.

Walaupun ada kalanya dia terasa penat, tetapi Maya puas hati dan bahagia dengan corak baru kehidupannya.

Menjadi penyanyi, kata Maya, adalah segalanya dan dia mendapat lebih banyak kepuasan daripada bidang itu berbanding menjadi pelakon, pengacara atau model.

``Kalau menjadi pelakon, peminat saja yang boleh melihat saya. Begitu juga sebagai pengacara atau model.

``Tetapi menjadi penyanyi berlainan kerana saya berpeluang bertemu dengan peminat dan berinteraksi dengan mereka. Ia adalah pengalaman terbaik saya,'' katanya.

Antara agenda promosi Maya untuk Erti Cinta ialah sesi bertemu peminat dan dia cukup terharu dengan sambutan yang diterimanya.

Pengalaman ketika menghasilkan album tersebut juga cukup bermakna bagi Maya.

Walaupun berpuas hati dengan album itu kerana memenuhi seleranya, Maya dengan perasaan merendah diri mengakui bahawa dia masih perlu banyak belajar.

``Saya ingin bertahan lama dalam bidang ini, jadi saya ingin pastikan saya melakukan yang terbaik.

``Saya akui masih banyak yang perlu saya perbaiki termasuk vokal dan persembahan saya. Saya akan sentiasa belajar,'' katanya.

Artis tersebut juga berjanji berusaha keras bagi membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian bukan bersandarkan rupa paras semata-mata.

Maya yang menetap di Indonesia selama 16 tahun pernah membabitkan diri dalam dunia lakonan di republik itu.

Dia sebelum ini pernah berlakon dalam filem Seri Dewi Malam dan No Problem.

Walaupun Maya kini menerima banyak tawaran berlakon tetapi dia terpaksa menolak lantaran ingin menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian dan bagi menjayakan album sulungnya itu.

``Saya akan kembali berlakon pada tahun depan,'' kata Maya yang berharap menerima peluang lakonan yang lebih mencabar.

Dalam bidang modeling pula, Maya sudah menceburinya sejak lapan tahun lalu tetapi langkahnya dalam bidang itu terbatas untuk iklan komersial saja memandangkan dia tidak begitu tinggi.

Namun itu bukan suatu yang mengecewakannya kerana Maya masih mempunyai kelebihan tersendiri.

Sebuah syarikat kosmetik terkenal baru saja menawarkan kontrak yang cukup lumayan untuk Maya sebagai jurucakap mereka di Malaysia.

Maya mula mendapat perhatian apabila dia menjadi pengacara untuk rancangan berbentuk hiburan dan informasi Wavelength beberapa tahun lepas.

Dia menjadi popular selepas itu dan mula diburu media dan peminat. Apa pun Maya berharap jejaknya dalam dunia lakonan akan terus berjalan lancar.

Dia juga mengharapkan sokongan adil peminat. Maya mahu mereka memberi penilaian yang terbaik bukan saja pujian tetapi juga kritikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.