saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/11/2001

Rosyam... tidak popular sekelip mata


ROSYAM NOR.


Oleh Khadijah Ibrahim
Hari ini Rosyam Nor antara pelakon lelaki popular negara ini. Populariti Rosyam hanya ketara sejak tiga tahun kebelakangan ini walaupun mula berlakon lebih 15 tahun lalu.

Rosyam diperkenalkan dalam filem Gila-Gila Remaja arahan Hussein Abu Hassan kemudian dalam filem Sayang arahan Panshah. Zaman gemilang Rosyam tidak tercipta secara mendadak atau berbekalkan gosip cinta dengan pelakon jelita.

Dalam dunia lakonan, Rosyam membina jambatan tersendiri sebelum memegang trofi populariti seperti sekarang ini. Banyak yang tidak tahu Rosyam menghabiskan masa bekerja di belakang tabir sebagai bekalan dalam dunia penerbitan filem dan drama selain berlakon.

Sebenarnya dunia lakonan tempatan tidak banyak mempunyai pelakon yang membina karisma dari bawah, secara semula jadi dan tidak sekadar `muka poskad' yang tidak berbakat.

Ternyata sikap sabar yang ditampilkan oleh Rosyam memberi keuntungan besar kepada dirinya.

Dia yang suatu ketika dahulu terlalu mengharap untuk memenangi anugerah kini mampu tersenyum bila mengimbau semula kenangan silam.

Kejayaan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Lenjan di Festival Filem Asia Pasifik di Bangkok dua tahun lalu adalah pencapaian terbesarnya setakat ini.

Di dalam negara, Rosyam menjulang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Abdah pada Anugerah Seri Angkasa. Ini antara faktor yang meletakkan Rosyam sebagai pelakon paling sibuk ketika ini.

Rosyam yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem KL MenJerit, kini sudah pun mendapat tawaran untuk berlakon lima buah filem.

Bagaimanapun kata Rosyam, dua daripadanya sudah pasti akan dibintanginya. Filem-filem tersebut ialah Lisa Isabella dan Gangster.

Lisa Isabella arahan Rashid Sibir yang akan memulakan penggambaran selewat-lewatnya Februari depan akan menggandingkan Rosyam dengan Nasha Aziz. Sementara Gangster pula akan diarah oleh Badaruddin Azmi.

Rosyam menjelaskan, setiap kali berlakon dia akan cuba melakukan yang terbaik kerana beranggapan kejayaan sesebuah produksi adalah tanggungjawab pelakon.

``Bagi saya setiap watak yang dibawa perlu diberi perhatian kerana ia merupakan titik peluh saya. Sebagai orang yang mencari rezeki dengan lakonan, saya perlu berikan yang terbaik,'' katanya yang memegang watak Shahrul dalam KL MenJerit.

Tegasnya, filem arahan Badaruddin Azmi itu walaupun menjurus kepada percintaan, namun berbeza dengan filem percintaan lain.

Tambah Rosyam, percintaan yang ditonjolkan dalam filem tersebut adalah percintaan yang jujur yang dialami oleh `mat-mat motor.'

Dia yang pernah menyertai perlumbaan motosikal haram suatu ketika dulu berharap, KL Menjerit dapat membuka mata orang ramai untuk melihat kehidupan sebenar kumpulan remaja bermotosikal.

``Pada saya, tidak semua mat motor itu jahat kerana mereka juga seperti orang lain. Cuma cara mereka melepaskan tekanan saja berbeza iaitu dengan menjadikan lebuh raya sebagai medan,'' jelasnya.

Filem yang turut menampilkan Nisdawati sebagai pasangan Rosyam itu akan ditayangkan pada orang ramai mulai 31 Januari depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.