saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/11/2001

Faridah dikenali dengan Al Mizan

Oleh ROSLI MANAH
Semasa kali pertama muncul bersama kumpulan Al-Mizan pada tahun 1977, penyanyi utamanya, Faridah M. Amin masih di bangku sekolah.

Pada masa itu, dia juga tidak menganggap dirinya sebagai pendakwah sebaliknya sebagai seorang penyanyi biasa.

Apatah lagi, minat utamanya lebih menjurus kepada lagu-lagu pop. Dia juga mengenakan pakaian moden pada masa itu.

Malah, semasa mengadakan persembahan bersama kumpulan Al-Mizan, dia tidak menutup rambut keseluruhannya.

Kritikan yang diterima kerana menyanyi lagu nasyid tanpa mengenakan tutup kepala membuatkan dia mendapat pengajaran.

``Kerana menganggotai sebuah kumpulan nasyid, saya menyertai satu kem dakwah yang dianjurkan,'' katanya.

Daripada situ, dia mula terfikir untuk menutup kepala selaras dengan konsep lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan.

Namun, di kala penyanyi itu mula tergerak untuk melakukannya, niatnya terhalang untuk berubah serta merta kerana album pop daripadanya bakal dipasarkan.

``Semasa saya muncul dengan album pop, hati saya mula tidak senang kerana perasaan dalaman ingin berubah,'' katanya.

Namun, kerana tidak mahu menghampakan pihak syarikat rakaman, dia terpaksa melaluinya sehingga tempoh promosi tamat.

Selepas itu, dia mula mengenakan tutup kepala dan muncul bersama kumpulan Al-Mizan menghasilkan beberapa buah album lagi.

``Saya pernah dikritik kerana muncul dengan album pop kerana ada yang tidak menyenanginya,'' kata Faridah yang kini berusia 39 tahun.

Bersama Al-Mizan, dia menghasilkan lima album serta sebuah EP yang memuatkan empat buah lagu sebagai pengenalan diri.

Antara lagu popularnya ialah Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Bersyukur, Alhamdulillah, Demi Masa, Junjungan Mulia, Empat Dara, Solatullah dan banyak lagi.

Ditanya perkembangan terbarunya, kata Faridah, dia kini bekerja sepenuh masa di sebuah makmal di Singapura sejak 16 tahun lalu.

Dia mula terfikir untuk bekerja tetap selepas kumpulan Al-Mizan mula mengurangkan aktiviti nyanyiannya.

``Pada masa itu, tidak banyak yang saya perolehi hasil aktiviti seni,'' kata ibu kepada tiga anak itu lagi.

Dia juga kembali aktif selepas album kompilasi memuatkan lagu-lagu Al-Mizan bersama Al-Jawaher dan Hidayah dipasarkan semula.

Sambutan menggalakkan daripada peminat membuatkan dia mula berfikir untuk aktif semula di dalam bidang nyanyian.

``Suami saya tidak melarang saya walaupun dia tidak menggalakkan,'' kata Faridah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.