saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/12/2001

Saiful ucap terima kasih kepada MHF

NOR SAIFUL (tengah) diraikan dalam majlis bersejarah sebaik tamat perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatan di Stadium Pantai, Kuala Lumpur, semalam. Malaysia menang 1-0. - Gambar MOHD. ZAKI AMIRUDDIN.


Nor Saiful Zaini Nasiruddin melengkapkan 329 cap sebelum meninggalkan skuad kebangsaan ketika membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Afrika Selatan pada perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Pantai, semalam.

Nor Saiful, 35, memberi aksi terbaik buat kali terakhir bersama skuad negara dengan mencemaskan pertahanan lawan sebelum percubaannya seawal minit kedua disekat oleh penjaga gol, Chris Hibbert.

Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Chua Boon Huat pada minit ke-21 selepas rembatan Keevan Raj, lima minit sebelum itu melewati palang gol lawan.

Afrika Selatan yang memberi tentangan sengit bagaimanapun hampir menyamakan kedudukan, tetapi kecekapan penjaga gol negara, Roslan Jamaluddin menggagalkan pukulan penalti strok oleh Craig Fulton, dua minit sebaik babak kedua bermula.

``Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak iaitu pegawai MHF yang membantu dalam karier dan pengajian peringkat ijazah, serta MSN dan para wartawan.

``Saya percaya akan dipanggil untuk tugas jurulatih bagi skuad remaja, tetapi hari ini berakhirnya karier saya dalam skuad kebangsaan sejak 18 tahun lalu,'' kata Nor Saiful.

Ketua jurulatih negara, Paul Lissek memuji aksi kemas skuad negara sambil memuji persembahan pemain veteran itu yang disifatkan mampu menjadi teladan barisan muda.

``Kita beraksi dengan baik pada babak pertama dan boleh menghasilkan dua atau tiga gol, cuma kelemahannya ialah sikap terlalu menunggu aksi lawan di babak kedua.

``Bagi saya, Nor Saiful seorang pemain yang menakjubkan dan saya harap dia tidak meninggalkan terus arena hoki negara. Saya terkesan dengan persembahannya sejak dahulu lagi,'' kata Lissek.

Sementara itu, Argentina yang seri 1-1 dengan Malaysia sebelum dikalahkan 4-2, akan bertemu Jepun dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Pantai, pukul 6.00 petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.